Tuesday, March 11, 2014

Gambar dua warga iran dalam pesawat MAS MH370


Polis kenal pasti penumpang MH370 yang mengguna pasport curi sebagai lelaki warga Iran yang mahu berhijrah ke Jerman dan tidak disyaki pengganas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bercakap dalam sidang media di sini, sebentar tadi, beliau berkata, ibu warga negara Iran berkenaan yang berusia 19 tahun, sememangnya menunggu anaknya di Franfurt dan mengetahui anaknya itu menggunakan pasport curi.

Identitinya dikenalpasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, pemegang pasport dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya.


Katanya, semakan polis mendapati, Pouria (atas) yang memasuki Malaysia pada 28 Februari itu tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

"Tiada kemungkinan bahawa dia adalah anggota sebarang kumpulan pengganas.

"Apabila kita kenalpasti beliau sebagai penumpang dengan pasport curi, kami memfokuskan kepadanya dan menyebarkan kepada pasukan polis seluruh dunia dan tentulah kami mendapat jawapan sangat pantas.

"Apabila dia tidak muncul, dia menghubungi kami di sini, sebab itu itulah kami tahu dia adalah orang yang sama yang menggunakan pasport palsu," katanya.

Pihak berkuasa sedang mengesan identiti seorang lagi penumpang (kanan) yang memegang pasport dicuri, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

No comments:

Post a Comment