Friday, March 7, 2014

Nasib Anwar sama seperti ultraman king

Cerita politik seperti gosip artis yang tidak ada kesudahan.


Ramai kehairanan mengapa Malaysia mengharamkan buku 'Ultraman The Ultra Power'. Tindakan kerajaan lebih kartun dari kartun ultraman.

Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Kalau kerajaan takut dengan ultraman, sudah lama saluran ceria astro diharamkan kerana menyiarkan ultraman max.
Ultraman King setaraf Allah.? Gile ke hapa.

Anwar merungut di dalam twitternya. Aku suka hujah ketua pendakwaraya. Kalau bukti utama tidak laku, untuk apa dibicarakan.?

“Jika ada bukti bahawa bukti DNA itu telah diubahsuai dalam apa cara sekalipun, maka jelas kes (ini) tidak mempunyai asas,” Shafee memberitahu panel hakim itu"
Anwar risau jika DNA itu diterima oleh hakim, tanpa sebarang keraguan dia pasti akan bersemadi dalam tirai besi.

Paling penting, Anwar tidak boleh menjadi calon paling tua dalam sejarah pilihanraya kecil.

Azizah hanya berada di sebelah Anwar ketika di makamah. Selain itu jarang kita nampak Azizah bersama suaminya. 


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang sekiranya rayuan pendakwaraya terhadap keputusan kes Liwat II berjaya, kata seorang pemimpin PKR.

Mahkamah Rayuan sedang mendengar kes ini hari ini dan esok.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sin Tze Tzin berkata prosiding saat akhir itu merupakan langkah politik kerajaan BN untuk menamatkan hayat politik Anwar.

"Sebaik Mahkamah Rayuan habis membuat pendengaran pada hari Jumaat, penghakiman akan diberikan pada petang Isnin, betul-betul selepas sesi Parlimen di waktu pagi.

"Sekiranya Anwar disabit, tidak akan ada masa bagi peguam beliau untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Persekutuan kerana ia selepas waktu pejabat, dan beliau (Anwar) akan ditahan di jel," kata Sim dalam sidang media hari ini.

No comments:

Post a Comment