Thursday, March 6, 2014

Wahai isteri, fahami la suami

Esok aku ada keje di luar. Sebelum ambil anak-anak, aku singgah membeli beberapa keperluan. Turun eskalator, nampak kfc. Teringat anak kecil aku yang berusia setahun setengah. Dia suka makan kentang goreng (wedges).
Jam sudah menunjukkan pukul 6.15. Aku mula berbelah bagi untuk beratur. Takut terlewat untuk sampai ke sekolah. Akhirnya aku membeli dinner plate ole-ole anak.
Ayam kfc lagi murah dari ayam goreng di kedai. Nampak sangat aku tak pernah beli kfc. Kerana murah aku beli 2 cheesy wedges.

Hari ini agak sibuk sebab kawan-kawan yang lain enjoy. Biarlah, aku kan pekerja yang berdidikasi. Kerana sibuk, tak sempat menyuap nasi ke dalam mulut. Dalam kelaparan seperti orang berpuasa, aku dahulukan kehendak anak-anak.

Diari seorang suami.

Kita nampak sayang seorang ibu, tapi kasih ayah kepada anak tidak mampu ditafsir. Ia hanya tertanam di lubuk jiwa seorang lelaki. (tiada kaitan dengan ceita aku).

Moral dari cerita di bawah, pengurusan rumahtangga perlu ada. Dalam kes ini,kesian si suami.

Aku share komen yang terbaik untuk dijadikan tauladan.

Baldu Biru saya kagum sebab suami sy begitu.. alhamdulillah.. dan dari itulah sy setiap kali pagi ketika suami sy belum bgun tdo, sy cek dompet nya.. jika kurang duitnya, sy tambahkan.. hari demi hari.. duit gji suami untk setelkan yg wajib, sbb gji suami keluar awal.. bila gaji suami dh habis, gji sy sbagai isteri untuk backup balik.. untk jaln2, balik kmpung, mkn2..dn untuk pakai harian.. itu barulh nama suami isteri, sama2 bertanggungjawab.. baru adil..


Puteri Nazira Mcm saya...barang dapur, sabun basuh,sabun lantai dia beli, brg mandi atau peribadi dia sy beli. Duit api n air dia byr, duit astro sy byr. Kereta dia byr, minyak sy byr, duit rumah same2 tolong byr...balik rumah basuh baju dgn jemur baju dia...iron baju angkat baju , masak , mop rumah sy...pegi keje pagi...kalau nk pegi becuti ke mane2, kami akn plan simpan duit sorang 300 kalau dua org dah 6ratus...jadi kalau ada dlm masa 9 bulan lg sebelum bercuti...sempatlah...tp selalu begadoh dgn dia sb dia susah bgn pagi...kalau mud sy tak baik, pg2 dia dah rasa bebelan sy...lepas tuh dia pon bgn bebal2,...tp lps mndi dh elok dah mud dia...dia banyak beralah dn bersabar...sangat...sejok perot memandangnye.

Dalam rumahtangga jangan mengambil kesempatan. Jika kita bertolenransi, Allah akan melimpahkan rezeki. Mungkin Allah akan murahkan pada isteri  bukan pada suami. Ada isteri yang salah anggap, rezeki yang dimilikinya adalah hasil usahanya, walhal Allah beri rezeki untuk keluarganya. Jadi berkongsilah rezeki itu sesuai dengan istilah perkahwinan. (perkongsian).

Siti Nurul Dayane turn saya pulak masa bergelar isteri sekarang janda dah... gaji RM 2,000 saya kena bayar RUMAH RM 756.00 TV RM150.00 RM 200.00 Barang dapur RM 200.00 anak. RM 200.00 SUSU PAMPERS... SUAMI???... Di mana nafkah isteri?. bile mintak sang suami kata MATA DUITAN.. so lebih baik CERAI dari hidup gan BIAWAK HIDUP kan....!!!

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik.

No comments:

Post a Comment