Thursday, March 6, 2014

Video lelaki bersalam telur tembelang dengan teresa kok

Kecoh mengatakan Teresa Kok ditampar sewaktu berceramah di Permatang Pauh, namun ia kemudian dipastikan tidak berlaku.

Sebaliknya difahamkan seorang lelaki yang tidak dikenali telah dikatakan bersalam dengannya sambil memegang sebiji telur.

Video lelaki salam telur tembelang kepada Teresa Kok




Belum sempat melarikan diri, hadirin rata-rata penyokong Pas mengepung serta memberkas lelaki misteri itu.

Pasukan Skuad Keadilan Malaysia (SKUAD) serta sukarelawan penganjur Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) lantas segera membawa keluar Terasa dari lokasi kejadian.


Bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin yang berceramah selepas Teressa Kok kemudian berkata, tindakan melampau itu bertentangan dengan adat Melayu serta maksud al-Quran.

"Pernah Islam ajar bagi 'telur temelang' kepada bukan Islam kalau kita nak bukan Islam hormat mereka, kononnya untuk pertahan maruah Melayu," tanya Nizar dalam nada yang tegas.

Lelaki yang ditangkap itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis berhampiran untuk disoal siasat.

Ini tweet dari twitter rasmi beliau.

Utusan ada memuatkan laporan tersebut dalam berita terkini tetapi loporan tersebut ditarik kembali.


Berita ini ditarik balik selepas ia disahkan tidak benar.

No comments:

Post a Comment