Saturday, March 15, 2014

Perang mulut antara Raja Bomoh Sedunia dan Khairy Jamaluddin

Raja bomoh tersenarai dalam logo google malaysia.??
Raja bomoh sedunia, Ibrahim Mat Zin mahu menampor Khairy Jamaluddin kerana dianggap kurang ajar dan biadap.


Khairy di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan dan berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu." Tegas Ibrahim Mat Zin.

Namun, melalui akaun Twitter, KJ dilihat tidak gentar dengan cabaran itu dan bersedia untuk ditampar macam buaya. Malah beliau turut memuatnaik gambar dan status seolah-olah memperlekeh cabaran Ibrahim Mat Zin.
"I AM READY" Kata Khairy Jamaluddin

Apakah respon daripada Raja Bomoh mengenai jawapan KJ? Melalaui Video yang tersebar, jelas menunjukkan riak wajah Ibrahim Mat Zin yang berang dan bersungguh-sungguh mahu mencabar Ketua Pemuda UMNO itu. - Tengok TV Online 

Lagi Tweet dan Gambar di Twitter KJ:


(VIDEO) Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin mahu tampar KJ macam Buaya:


1 comment:

  1. Memalukan kaum melayu saja. Sangat sombong punya orang ini tapi kantoi bagitau dia orang bn. Hahaha. Orang malaysia takde percaya sama dia, mengarut saja. Baran betul.

    ReplyDelete