Monday, April 21, 2014

Kemalangan bas kuantan segamat

Semalam tiga penumpang termasuk seorang bayi berusia 11 bulan parah manakala 13 lagi termasuk pemandu cedera selepas bas ekspres yang membawa 27 penumpang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 116, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Plaza Tol Temerloh

Kemalangan berlaku dikatakan pemandu asyik bermain telefon bimbit.


Kejadian di Malaysia seperti bermusim. Jika tanah runtuh akan ada tanah runtuh.

Petang tadi berlaku satu lagi kemalangan melibatkan sebuah bas pelancong terjunam jatuh ke dalam gaung di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Ladang Sungai Jerneh, Pahang.

Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara 39 orang mangsa lagi telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Punca kejadian belum diketahui.

Bas pelancong dari Singapura ini terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.

No comments:

Post a Comment