Tuesday, May 13, 2014

Adun Bukit Besi. Roslee Daud umum keluar parti.

Kiris politik Terengganu semakin meruncing. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.


Roslee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dalam salinan surat bertarikh 13 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata: "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Dengan pengumuman rasmi Adun Bukit Besi maka umno secara rasmi boleh dianggap kerajaan minoriti. Krisis Dun Perak berulang di Terengganu dan umno wajar melepaskan kuasa.

Krisis politik di Terengganu membuktikan Najib seorang perdana menteri yang gagal. Walaupun aku tidak bersetuju dengan Ahmad Said, jika aku ditempat beliau mungkin juga aku akan berbuat perkara yang sama.

Dalam politik tidak ada istilah pengorbanan untuk parti. Jika benar, Najib perlu meletak jawatan.

Umno sepatutnya bersyukur kerana Ahmad Said berjaya mengekalkan Terengganu dibawah pentadbiran umno.

Jika Ahmad Said gagal, presatasi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan lebih buruk dari bekas menteri besar Terengganu. Alasan sudah lama Pas memerintah sekadar alasan.

Umno lemah bukan kerana pembangkang kuat tetapi umno ketandusan pemimpin yang baik.

Najib umpama tupai membaiki labu.


Setiausaha parti yang gagal menjalankan tugas. Pemilihan penasihat dan pembantu disekeliling Najib semuanya dilihat gagal.

No comments:

Post a Comment