Tuesday, May 13, 2014

Ahmad Said, Ghazali Taib umum keluar umno

Bekas Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said mengumumkan keluar umno. Surat perletakan jawatan dan keluar parti dimaklumkan kepada Asto Awani melalui satu emel.


Seorang lagi Adun Umno Ghazali Taib bagi Dun Ajil juga telah mengisytiharkan keluar parti dan berpendirian sebagai Adun bebas.


Dikatakan 3 Adun umno akan keluar parti. Krisis politik di Terengganu memungkinkan pembubaran Dun.

Sebentar tadi Datuk Ahmad Razif, Adun Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu .

Kedudukan kerusi semasa DUN Terengganu, BN = 15, PR = 15 dan Bebas = 2.

Jika mereka berdua berpihak kepada Pas, maka pembangkang akan memerintah Terengganu. Umno hanya ada satu pilihan, iaitu membubarkan Dun.

Najib oh Najib.

Orang diluar boleh mengjangkakan keadaan seperti ini, mengapa seorang perdana menteri tidak mampu untuk berfikir politik mudah.

Krisis di Terengganu mewajarkan Najib meletak jawatan. Full Stop.!!.

P/s Paling mengecewakan apabila Najib tidak ada prinsip toleransi. Jika kerana Najib tidak boleh menangguhkan perletakkan jawatan Ahmad Said barang seminggu, Najib harus bertanggungjawab sepenuhnya krisis di Terengganu.

No comments:

Post a Comment