Monday, May 12, 2014

Menteri Besar Terengganu Mohd Said letak jawatan


Sah.. !! Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletak jawatan. Surat perletakan jawatan sudah diserahkan kepada presiden pagi tadi dan disahkan oleh setiausaha agung parti, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perletakan jawatan beliau ada kaitan dengan satu surat yang ditandatangani oleh beliau dengan presiden parti sebelum pilihanraya.

Selepas kerusi Menteri Besar Terengganu, giliran Menteri Besar Negeri Sembilan akan menyusul.

Menteri Besar Negeri Sembilan salah satu menteri besar yang banyak cakap dan sinis menghentam presiden parti.

Jika membaca temubual Najib yang disiarkan oleh akhbar perdana, aku simpulkan Najib seperti Lebai Malang.

Najib ada membuat perjanjian dengan Yang Di-Pertuan Agong sebelum pilihanraya. Jika Ahmad Said memegang janji, kenapa Najib tidak menepati janji.?

No comments:

Post a Comment