Monday, May 12, 2014

semua salah umno



Provokasi umno menyebabkan separuh daripada pemilihan cabang Pkr di Selangor dibatalkan.

Jika pemilihan parti ganas dan bergaduh sesama sendiri, fikirkan apa berlaku semasa pilihanraya atau demontrasi yang dibuat.?

Umno akan dipersalahkan.


Pas secara rasmi menangguhkan hasrat untuk membawa rang undang-undang secara persendirian di dewan rakyat ntuk mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

Seperti biasa umno akan dipersalahkan.

Jika benar umno ikhlas kenapa umno tidak mengusulkannya, kenapa tidak melaksankan di Terengganu. Sementara itu Anwar Ibrahim menuduh umno menyokong hudud kerana umno mahu menutup isu MH37.

“Hudud bukan sahaja isu untuk mengalih perhatian MH370 tetapi saya percaya hudud (mereka) tidak ikhlas. Dia nak hudud, kasino bagaimana? Rompakan kekayaan dan penindasan bagaimana? 
Politik menjadi teras pemikiran lalu apa yang kita fikirkan adalah bermotifkan politik. Bagi aku ia membuktikan bahawa Pas tidak pernah bersedia dengan hudud. Jika Pas tidak bersedia, pakatan rakyat yang secara terang menolak hudud.

Ironinya umno yang disalahkan.

No comments:

Post a Comment