Friday, May 2, 2014

GST baik atau tidak

Betul la tu. Takan datang dari jauh sekadar mendengar ceramah. Kalau takde kekecohan, tak best la. Takde isu selepas demo.

Pihak polis memberikan kebebasan pendemo seperti haiwan dalam zoo.


Peminat bola mengambil kesempatan membidas FAM.


Umum hanya menyalahkan harga barang naik kerana kerajaan persekutuan diperintah oleh umno. Jika kerajaan sekarang diperintah oleh pakatan, adakah mereka membantah sebarang kenaikan cukai.?


Apa jaminan kerajaan pakatan tidak menaikan cukai.? " kerajaan Pakatan tidak menaikkan cukai dan memberi pendidikan percuma". Tolong jangan jadi badut.

Aku tidak mahu sebarang kenaikan cukai, tapi jika ia tidak dapat dielakkan untuk menjadikan negara ke hadapan, kita sebagai rakyat harus memikirkan kebaikan gst.

Aku tidak pasti samada amerika melaksanakan VAT atau hanya mengenakan cukai jualan. Pembangkang tidak menerangkan keburukan gst dengan fakta. Apa yang disuarakan pada skop politik.

Sekarang orang miskin tidak dikenakan cukai. (cukai pendapatan).

Salah satu kebaikan gst, miskin atau kaya terpaksa membayar cukai gst. Semakin kaya akan semakin banyak membayar cukai. Bila cukai banyak dikutip, kerajaan banyak duit.

Isunya hanya bagaimana kerajaan menguruskan duit.

No comments:

Post a Comment