Friday, May 2, 2014

Gst ditentang tanpa fakta

Tulisan dikarang berpandukan politik untuk mengecap sokongan. Sebagai pemimpin, mereka perlu tampil menjelaskan kepada rakyat keburukan gst.


Kenaikan harga barang dan inflasi dijangka berlaku sudah dijelaskan oleh kerajaan. Kerajaan menegaskan ianya hanya bersifat sementara. Dalam jangka panjang gst mampu memberi impak kepada kewangan negara.

Untuk setakat ini belum ada pemimpin pakatan rakyat memberi penerangan dengan berfakta kepada rakyat. Jika pemimpin pakatan rakyat membentangkan dengan fakta, aku yakin rakyat Malayisa bersama rakyat 160 negara dunia akan bangkit menolak gst.

Dalam negeri pakatan, semua cukai naik dan tak kurang. Semasa kempen pilihanraya sahaja diumumkan turun, tetapi bila menjadi kerajaan sebaliknya berlaku. Ini fakta.

Kelantan dicabar menghapuskna cukai
Dalam Islam semuanya betul yang tak betul ialah manusia. Hujah yang dilontarkan dalam Islam ialah zakat sedangkan ekonomi Islam bukan terhad kepada zakat. Dalam Islam dibenarkan mengenakan cukai untuk membangunkan negara.

Mereka bercakap pandai tetapi gagal melaksanakan. Jika kerajaan Kelantan melaksanakan ekonomi yang dituntut oleh Islam sudah pasti Kelantan sudah menjadi negeri paling maju di Malaysia.

Kalau royalti dijadikan alasan, bagaimana negeri yang tidak ada minyak.?

Bagi aku royalti minyak adalah alasan semata-mata. Membangunkan negara atau negeri perlu cekap dalam pembangunan untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Aku belum terbaca umno melarang kerajaan negeri membina perindustrian, meminjam wang atau menyekat pelabur luar. Memang benar, kita sayangkan negara dan tanah air kita daripada tergadai. Tetapi apa pilihan kita ada.?

Kita umpamakan bermain game. (travian)

Game yang berkonsepkan penjajahan atau membina koloni, pemain wajib untuk meneroka dan membangunkan kawasan setempat. Tanpa pembangunan kampung/negara kita akan menjadi miskin dan lemah dan seterusnya akan dijajah oleh pemain lain.

Jika Pas sanggup bersengkongkol dengan Dap, beranikah Pas menolak Obama datang ke Malaysia.?

Satu perkara aku harapkan ialah politik matang yang mampu membangunkan negara. Aku mahu bila aku beli barang dalam ebay, duit kita tidak serendah daun pisang.

No comments:

Post a Comment