Friday, June 6, 2014

Umno perlu dilumpuhkan..!!!

Pemuda Umno hari ini berpendapat tiada keperluan bagi Perkasa dan Isma untuk menyertai Biro Hubungan NGO yang baharu ditubuhkan mereka sebaliknya cukup saling berhubung dengan dua NGO itu. -Khairul Firdaus Akbar Khan 
Dari presiden sehingga pemimpin ikan bilis mereka syok sendiri dalam menilai sokongan. Mereka fikir sokongan pru yang lalu adalah didorong oleh kecinaan Najib. Walhal, realitinya orang melayu masih menaruh harapan kepada umno.

Perlukah kita menyokong parti yang tidak tahu menghargai sokongan.?

Pemimpin umno tidak terasa dengan polisi bodoh mereka. Mereka masih boleh mendapat projek, menambah bini atau menghabiskan belasan ribu dalam bilik karaoke satu malam.

Kerana kebongkakan umno orang melayu akar umbi tersepit. Harapan aku pada pru akan datang, orang melayu tidak perlu mengundi umno. Umno perlu dilumpuhkan.

Umno sekarang jauh tersimpang dari matlamat asal. Petronas adalah milik kerajaan, milik melayu. Kini Pertonas sudah berwajahkan cina. Jika Pertonas simbol kepentingan melayu mula tergadai, sudah semestinya yang lain sudah habis dirogol.

Kebanyakkan blogger diupah. Mereka menulis hanya untuk menjaga kepentingan orang yang menyuap mereka. Pemimpin umno makan besar tetapi pada masa yang sama mereka menyempitkan kehidupan orang yang memberi sokongan kepada mereka.

Apa yang harus kita labelkan kepada mereka.? "Barua" kasar bunyinya. Tapi aku rasa itulah ungkapan paling sesuai untuk mereka yang menjual amanah.

Baru-baru ini aku ada menyembang dengan seorang Adun. Beliau lari bila diajukan soalan-soalan berkaitan dengan melayu. Kenapa.? kerana realitinya umno sekarang mengikut rentak pembangkang, menjual apa sahaja untuk kepentingan diri.

Tapi aku tahu Adun ini baik. Dia tidak menjual bangsanya. Beliau terpalit dengan polisi buruk presiden.

No comments:

Post a Comment