Saturday, June 14, 2014

Pengadilan world cup tidak memuaskan

Sepakan penalti.??


Yuichi Nishimura terpedaya atau dia penyokong Brazil. Dejan Lovren hanya membuat sentuhan seorang defender. Dia tidak menolak atau menarik pemain. Sepatutnya Fred dikenakan kad kuning.

Perlawanan diantara Mexico dan Cameroon. Dua gol dibatalkan kerana offside. Kita boleh anggap goal pertama Dos Santos offside walaupun dia sebaris dengan pemain Cameroon. Gol kedua dimana datangnya offside.? Bola datang dari kepala lawan dan kedudukan Dos Santos juga terang-terang dalam onside.

Spain vs Belanda


Corak permainan Sepanyol tidak seperti musim yang lalu. Hantaran jauh Belanda membuahkan hasil. Masih ingatkah goal terbaik Dennis Bergkamp 1998.?

Ketiadaan Puyol amat dirasai dibahagian pertahanan dan kehilangan Davis Villa menjadikan Spain bukan pasukan pilihan aku untuk bergelar juara.

Aku memilih Brasil atau Jerman sebagai juara. Aku jangka mereka akan bertemu pada separuh akhir.

No comments:

Post a Comment