Tuesday, June 3, 2014

Serbuan pengantin, Jais dipersalahkan.?

Ahad lalu Jais menyerbu perkahwinan seorang perempuan Islam. Menurut kenyataan wanita berkenaan, dia dibesarkan oleh pasangan bukan Islam sejak kecil lagi. Murtad.


Seorang pemimpin kanan PAS berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sepatutnya membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum bertindak ke atas seorang pengantin wanita yang berkahwin mengikut adat Hindu, Ahad lalu. 
Dr Dzulkefly Ahmad menyalahkan Jais kerana jabatan itu menyerbu tanpa membuat siasatan. Jais dikatakan menyerbu majlis perkahwinan tersebut hasil daripada maklumat awam.

Bagi aku tindakan Jais tepat.

Jais tidak menyerbu sebaliknya jabatan itu membuat pemeriksaan setelah mendapat maklumat awam. Tidak ada sebab mengapa Jais dipersalahkan. Bukti awal menunjukkan perempuan ini didaftarkan sebagai Islam.

Yang bersalah ialah manusia yang mengambil kesempatan memburukkan keadaan.

Jais dipersalahkan kerana ia didalam kuil.?

Salahkah menyerbu kuil jika ada orang Islam di dalam kuil. Jais tidak menyerbu kuil jika tidak ada kaitan dengan Islam.

Siasatan awal menunjukkan perempuan itu bersama dua orang adiknya didaftarkan sebagai Islam. Isu kenapa dia murtad (tidak mengamalkan Islam) isu perkara lain.

Pelik. 

Perempuan India ini mendakwa tidak tahu dia didaftarkan sebagai orang Islam dan tak pernah tengok sijil kelahiran.?. Alasan ini tidak munasabah. Namanya sebagai orang Islam. Dalam Ic tidak tercatatkah perkataan Islam.

Dimana dia bersekolah dan dimana dia berada sebelum ini.?

Jika Nuruk Izzah boleh memetik ayat 256 di dalam Surah Al-Baqarah yang mengatakan "tiada paksaan dalam beragama" demi kelangsungan politik, aku tak nak komen kenyataan Ping Sieu.

Dahagakan kuasa, selagi boleh dijilat, agama pun dijual.

No comments:

Post a Comment