Friday, July 11, 2014

Apa yang dicari oleh umat Islam

Israel sudah menggerakan aset tentera darat untuk menyerang Palestin. Hampir 40 ribu askar simpanan Israel dikerah untuk menyerang Gaza.

Ketika ini umat Islam hanya mampu berdoa agar Israel mendapat laknat dari Allah, sedangkan Allah menyuruh kita berdoa dengan disusuli usaha.

Dimana pejuang Islam yang mahu syahid.?

Secara tiba-tiba ISIL menawan beberapa bandar di Iraq. Ini bermakna tentera Islam berkeupayaan berperang walau tidak berbekalkan senjata canggih.

Pada 2006 Israel dimalukan oleh Hezbollah di Lubnan. Media barat menulis tentera Israel berundur kerana tekanan antarabangsa, walhal ramai tentera Israel yang mati.

Menangis tidak berair mata melihat mangsa kekejaman Israel. Melihat orang Islam hanya berperang sesama sendiri, hati ini bertambah sedih.


Hati ini tertanya-tanya, jika benar Al Qaeda wujud mengapa kumpulan ini tidak menyerang Israel. Dimana mujahideen yang dikatakan membela Islam.?

Kumpulan pejuang Islam tidak mahu berperang dengan Israel, sebaliknya mereka lebih gemar membunuh orang Islam sendiri. Mungkin kumpulan ini diupah oleh AS agar umat Islam berperang sama sendiri.

Iran negara Islam kuat juga tidak boleh dipercayai. Pada zahirnya Iran bermusuh dengan AS, realitinya mereka sekutu.

Sedih melihat apa yang terjadi di Mesir, Syria. Tetapi kesedihan ini sekadar sedih yang tidak memberi makna.

Semua konflik negara Islam kerana asuhan orang kafir. Orang muslim seperti buah catur yang dijadikan umpan untuk berbunuhan sesama sendiri. Mereka diberikan wang dan senjata, dan akhirnya umat Islam seperti sekarang ini.

Di Malaysia sudah wujud bibit-bibit permainan tangan asing. Namun Allah masih sayangkan umat Islam di Malaysia.
Alangkah baiknya suasana seperti ini menghantui rakyat Israel.

No comments:

Post a Comment