Thursday, July 10, 2014

Palestin tidak akan aman selagi umat Islam tidak berubah

Saban hari rakyat Palestin akan dibunuh. Jet Israel menyerang Palestin umpama orang bermain mercun. Sebaliknya satu mortar meletup di ruang udara Israel adalah satu dosa besar untuk rakyat Palestin.

Israel-Palestin konflik yang mungkin tidak ada kesudahan selagi malaikat Israfil tidak meniup sangkakala.

Perang terakhir Arab-Israel dimenangi oleh negara zionis. Benarkah fakta Israel tidak boleh dikalahkan.??


Masyarakat Islam bersengketa sesama sendiri, mati kerana jihad walaupun mereka adalah sesama Islam. Siapa musuh Islam, orang yahudi atau orang Islam.?

Pejuang Islam bermandi darah di negara Islam, sedangkan orang Islam yang perlu dibantu di negara kafir. Dimana pertubuhan negara Islam.? Dimana kekayaan orang Islam?


Untuk mengalahkan orang Islam hanya satu cara. Mereka tidak boleh dibiarkan bersatu. 

Jika tidak boleh solat satu imam, tidak mungkin kita akan mengalahkan pakatan kafir. Walaupun ia bukan perkara baru, tetapi inilah penyakit kronik yang melumpuhkan kekuatan umat.

Oleh kerana ramai anti umno, pasti ramai dikalangan orang Islam yang menyokong mangkuk hayun ini. Politik untuk menjamin masa depan tetapi kerana mengejar kuasa, kita telah mencicirkan kepentingan politik itu sendiri.

Kalau kita bersatu dalam satu jemaah, Israel akan terkencing dalam seluar.

Ada berita mendakwa Briged Al Qassam menyerang pangkalan tentera laut Israel. Sekuat mana senjata orang kafir, mereka tidak mampu melawan kekuatan muslim jika orang muslim bersatu.

Kita mencontohi keburukan negara barat tetapi tidak mengambil kelebihan mereka.?

No comments:

Post a Comment