Friday, July 18, 2014

Gambar MH17 sebelum berlepas dari Amsterdam

Kerajaan Ukraine dan pemberontak saling tuduh menuduh menembak pesawat #MH370. Salah tembak atau apa jua alasan menembak pesawat awam adalah manusia yang tidak bertamadun.
Kapal terbang malang #MH17 sebelum berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.


Seorang penumpang rakyat Malaysia berkongsi video di instagram miliknya. "hatiadasedikitgentar' mungkin petanda penerbangan terakhir buat Mohd Ali Mohd Salim.




Sedih tidak terucap.


Cerita seorang adik seorang penumpang.

Sepang: Seorang ahli keluarga penumpang MH17 mengesahkan kakaknya adalah antara penumpang dalam pesawat itu yang terhempas di Ukraine.

Noraini Md Noor, 50, dari Petaling Jaya, berkata kakaknya, Norrahimah, 67, berada dalam pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu.

"Kakak saya sudah tinggal di Geneva selama 30 tahun dan beliau pulang ke sini buat pertama kali selepas tempoh itu untuk menyambut Hari Raya bersama kami," katanya dalam tangisan.

Noraini berkata, kakaknya mengambil cuti enam minggu untuk berada di Malaysia dan beliau sepatutnya pulang bersama anaknya, namun anaknya tidak dapat pulang di saat-saat akhir.

Sementara itu, ahli keluarga penumpang lain enggan ditemuramah dan meminta diberikan ruang kepada mereka.anaknya, namun anaknya tidak dapat pulang di saat-saat akhir.

Sementara itu, ahli keluarga penumpang lain enggan ditemuramah dan meminta diberikan ruang kepada mereka.

Bayangkan bagaimana kapal yang sudah meletup di udara setinggi 30ribu kaki terhempas ke bumi.


No comments:

Post a Comment