Friday, January 29, 2016

Rasa lama tunggu pru

Kalau mengikut law mudah, kes RM42j SRC, Najib sudah didapati bersalah kerana beliau mempunyai kepentingan dalam syarikat. Ia dikategorikan makan duit.

Aku tak kisah dimana datangnya 2.6b dan dimana ia pergi. Semua parti sama, ada funder. Tapi selepas ini  kalau ada orang umno yang sanggup panjat pokok untuk gantung bendera, memang orang itu bodoh teramat.

Isunya sekarang, Najib gagal menyejahterakan rakyat. Jika di negara maju, beliau sudah disingkirkan oleh parti. Tapi kerana ahli umno terlebih makan ubat, maka mereka masih memilih orang yang gagal menerajui negara.

Semakan budget yang dibuat semalam adalah langkah yang pernah dibuat oleh Tun. Dengan mengembalikan wang kepada rakyat, maka ekonomi akan lebih rancak.

Sepatutnya, kerajaan sudah lama menambah kadar mata pungurangan cukai. Golongan pertengahan terbeban dengan kos kenaikan disamping tidak mendapat maanfaat dengan dasar kerajaan. Pengurangan kadar kwsp, bukan melibatkan duit kerajaan, tetapi mengorbankan duit hari tua kita.

Pentadbiran Najib berbangga dengan konsep rumah prima, sedangkan aku rasa dasar ini tidak membantu rakyat dalam isu perumahan.

Bayangkan, ada rumah prima dijual dengan harga RM 388,888,00 dan berapa banyak rumah prima di bandar dan pinggir bandar.?

Dalam isu pemilikan perumahan, banyak dasar kerajaan boleh buat. Tapi kerana pentadbiran Najib tidak ada nilai kerajaan yang baik, maka budget hanya tertumpu kepada kementeriannya.

Apa yang Najib buat untuk negara.?

Semua ceruk ada pendatang asing. Di kawasan yang padat didiami oleh mereka, ada yang telah membuka kedai.

Beberapa bulan lepas kerajaan tanpa segan silu mengumumkan mahu mengimort sejuta pekerja bangla. Sebab kroni maka kerajaan meluluskan... adoi..... apalah kerajaan aku ni.

Kerajaan tidak nampakkah kesan kebanjiran pendatang asing.?

Makin lama Malaysia undur ke belakang. Kalau kita mahu Malaysia maju, tumbangkan umno pada pru akan datang.

No comments:

Post a Comment