Sunday, August 7, 2016

merempat di bumi sendiri

Kehidupan warga asing lebih selesa berbanding rakyat tempatan. Jika dinilai kekayaan mereka jauh lebih kaya berbanding kita.

Disini mereka tinggal bersesak, di kampung halaman mereka punya mahligai. Disini majikan menyediakan tempat tinggal, rakyat tempatan terpaksa membayar sewa. Disini mereka dijemput ke tempat kerja, rakyat tempatan terpaksa mengeluarkan kos untuk berkerja.

Mereka kaya sebab mereka rajin atau kita yang malas atau sebenarnya kita tersepit dengan kehadiran mereka.?

Mengikut perintah gaji minima, tiada diskriminasi pembayaran gaji diantaran gaji pekerja asing dengan rakyat tempatan. Dengan adanya 7 juta warga asing dengan sendirinya memberi tekanan kos kepada rakyat tempatan.

Gaji tinggi akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Kerana kos meningkat di semua peringkat, kos hidup keseluruhannya lebih tinggi berbanding kenaikan gaji apa yang kita dapat.

3/4 gaji rakyat tempatan akan habis untuk membayar ansuran rumah dan kenderaan. Pada mereka yang tidak berkemampuan, mereka hanya menyewa dan akhirnya di hari tua mereka tiada tempat untuk berteduh.

Kalau dulu mereka menjadi bangla, situasi sekarang rakyat tempatan menjadi bangla. Ramai dikalangan pekerja asing menjadi penyelia kepada warga tempatan.

Pendapatan seisi rumah RM 10,000 dikira sederhana. Pendapatan sebanyak ini boleh membeli rumah berharga RM300K tetapi terpaksa membuat perbelanjaan berhemah. 

Adakalanya lebih baik pendapatan keluarga kurang daripada RM8K sebulan. Ini bagi mendapat bantuan daripada kerajaan.

Ada logiknya lawak menjadi kenyataan. Prestasi kerajaan yang teruk, elok juga kalau menteri diambil dari kalangan bangla.

Pekerja swasta memerlukan pembayaran bonus sebagai nilai tambah. Ekonomi sekarang pembayaran bonus bukanlah sesuatu yang pasti. Banyak majikan bergelut dengan iklim ekonomi yang tidak menentu. Sekarang apa yang diharapkan oleh perkerja swasta, esok mereka masih ada kerja bukan ke pejabat mengambil surat pemberhentian.

No comments:

Post a Comment