Saturday, May 28, 2016

Perniagaan online wajib daftar tapi ratusan juta dana awam kena songlap

Bisnes online telah melahirkan ramai jutawan. Keadaan ini membangkitkan ketamakan kerajaan mengutip cukai. Tanpa kajian jutaan ringgit, umum tahu perniagaan online adalah perseorangan yang mahu menceburi bidang keusahawanan secara sampingan.

Bisnes online dengan online sebagai medium penjualan atau promosi adalah perkara berbeza.

Perniagaan online biasanya adalah peniaga menjual barangan secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan keluarga. Peniaga kategori ini, biasanya tiada premis perniagaan dan mereka tidak mengeluarkan produk sendiri.

Jika perniagaan agak maju, biasanya mereka akan memasuki fasa seterusnya. Jika mereka mahu menjadi usahawan berjaya, perniagaan mereka perlu didaftarkan. Mereka tiada pilihan.

Keuntungan bersih RM15K, biasanya modal agak besar atau akaun simpanan menjadi terlalu aktif. Keadaan ini menyebabkan pihak bank menyarankan peniaga tersebut membuka akaun semasa. Seseorang yang mempunyai current saving akan menjadi perhatian pihak LHDN. Untuk mengelakkan sebarang masalah, peniaga akan declare perniagaan mereka.

Ini adalah proses naturalisasi perniagan dalam talian secara umum.

Penipuan tidak terhad kepada perniagaan online. Banyak perniagaan berpremis membuat penipuan kepada pengguna. Oleh kerana kerajaan mendapat sedikit cukai, perkara ini dipandang ringan.

Antara syarat membuat pinjaman bank ialah pernigaan sudah dijalankan. Begitu juga dengan bantuan kerajaan. Jika tidak, pinjaman atau bantuan akan ditolak.

Apa rasionalnya kerajaan mewajibkan seseorang mendaftarkan perniagaan (barang jualan) dengan pelbagai syarat.? Untuk mendapatkan sedikit untung rakyat terpaksa mengharungi pelbagai karenah birokrasi.

Contoh.

Neelofa tidak mendapaftarkan perniagaan.? Bella Ammara yang bermula dalam talian masih tidak mendaftarkan perniagaan mereka? Gel Amani tidak ada premis jualan, adakah penguasaha gel sakit lutut ini tidak mendaftarkan perniagaannya.?

Kerajaan lebih suka menyusahkan rakyat daripada membantu. Ketirisan dalam kerajaan berleluasa, Jabatan Imigresen yang antara jabatan menjaga keselamatan negara bertahun lamanya korup. Kerajaan tidak mengambil berat pun.

Inikah kerajaan yang kita mahukan..????

No comments:

Post a Comment