Monday, May 16, 2016

PAN vs PAS, umno tersenyum girang

Penganalisis politik mengatakan prk Sungai. Besar dan Kuala Kangsar adalah indikasi sokongan rakyat terhadap umno, terutamanya sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib.

Jika umno berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi, deklarasi rakyat yang diterajui Tun Mahathir boleh dicampak ke dalam tong sampah.

Pada pru yang lalu, kerusi P.093 Sungai Besar, umno menang dengan majoriti 399 undi. Walaupun sesetangah berpendapat umno sudah tidak relevan, namun parti ini  masih berkemampuan mengekalkan kerusi jika pembangkang tidak mencapai kata sepakat.

PAS dan PAN

Pertembungan diantara Parti Amanah dan Pas di kedua-dua kerusi hampir pasti. Pas tidak akan mengalah dengan anak tirinya. Jika ianya terjadi, ia memberi kelebihan kepada umno.

Jika Pas memberi laluan kepada Pan, bermakna Pas mengiktiraf parti yang diterajui pemimpin buangannya. Ia akan menjejaskan kredibiliti parti dan akan kehilangan banyak kerusi pada kerusi pada pru akan datang. Pas tidak mahu terjebak dalam kemelut ini.

Selain itu, Pas mengelak degan situasi, jika Pas gagal tetapi Pan menang. Pas akan mendapat banyak kerosakan politik dan memberi kekuatan kepada Pan.

Jika Pan bertanding di Sungai Besar dan Pas di Kuala Kangsar, PAN mampu menewaskan calon umno tetapi tidak Pas di Kuala Kangsar.

Jika Pan bertanding di Sungai Besar, Azmin Ali akan mengerahkan jentera kerajaan membantu berkempen. Situasi ini tidak berlaku di Kuala Kangsar kerana Perak adalah kerajaan BN. Pas akan menghadapi kesulitan berbanding Pan.

Sebaliknya apa yang berlaku jika Pas di Sungai Besar dan Pan di Kuala Kangsar.? Tidak mustahil PAN bertanding di Kuala Kangsar kerana Prof Ahmad Termizi dikatakan sudah bersedia untuk menjadi calon.

Apa jua keputusan pembangkang, prk ini adalah ujian sebenar bagi mereka dan bukan ujian Najib. Pencakaran pembangkang adalah talian hayat Najib mengekalkan kuasa dan keputusan pembangkang bakal dihakimi oleh penyokong mereka.

No comments:

Post a Comment