Wednesday, April 20, 2016

Kalah pulitzer tidak bermakna artikel 1MDB satu fitnah

Walaupun tidak memenangi anugerah Pulitzer, artikel skandal 1MDB oleh WSJ telah disenarai pendek. Mungkin ada benarnya kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, tiada bukti kukuh untuk menyokong artikel berkenaan memenangi hadiah.

Jika dicalonkan dan disenarai pendek, ia membuktikan tulisan berkenaan bukan cerita fiksyen atau fitnah.

Pulitzer Prize merupakan sebuah anugerah berprestij yang mengangkat hasil karya dan laporan terbaik dalam kewartawanan, sastera dan muzik, fotografi, tidak mungkin anugerah prestij sebegini menerima laporan berita palsu.

Kerajaan mahu bukti bahawa 1MDB adalah satu skandal, padahal kerajaan menggunakan OSA sebagai bahan perintang melindungi bukti jenayah. Kenapa laporan audit negara di OSA kan.?

Walaupun laporan PAC mengesahkan adanya unsur salah laku, kerajaan menggesa rakyat menerima laporan PAC dengan hati terbuka. Adakah kerajaan menidakkan hak rakyat untuk mendapat kerajaan yang baik.?

1MDB ditipu RM14 bilion dan setakat ini 1MDB masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan perkara tersebut.

Jika laporan WSJ mengatakan entiti yang memberikan derma RM2.6 bilion kepada Najib itu sama dengan Aabar Investments PJS adalah fitnah dan berniat jahat, kepada siapa 1MDB bayar US$3.5 bilion.?

1MDB tergagap soalan mudah, menteri kewangan lepas tangan, kabinet yes man, ketua bahagian kenyang, akhirnya rakyat terpaksa menanggung beban.

No comments:

Post a Comment