Saturday, April 16, 2016

Pengakuan menteri arab tidak memberi makna

Setiausaha PM, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad menyalahkan Tun Mahathir dan media barat kerana memfitnah Najib. Ia susulan daripada kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dana tersebut datang dari negaranya.

Kenapa harus menyalahkan Tun dan orang yang menuduh PM sedangkan sebelum ini menteri tersebut menafikan pihaknya ada memberikan sumbangan.

Point ke dua, sebagai ahli umno ketika itu Tun ada hak bertanya mengapa duit mesti dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Jika bukan daripada pendedahan Sarawak Report, Tan Sri Muhyiddin selaku timbalan presiden tidak mengetahui umno menerima dana sebanyak itu. Bukankah perilaku tersebut ada niat untuk menyembunyikan kewujudan derma itu.? 

Umno bukan milik Najib, umno adalah milik ahli umno.

Apa yang Tun bawa dalam deklarasi rakyat bukan sekadar isu derma, ia merangkumi kerugian 1MDB dan kenaikan sara hidup. Najib sudah diberi masa untuk menjawab semua persoalan, namun sehingga kini hasil siasatan tidak merungkai permasalahan. Cukupkah dengan alasan kelemahan pentadbiran atau 1MDB terperangkap dengan skandal penipuan..?

Sepertimana apa yang dikatakan oleh Tun, cash is king. Najib menyogok kakitangan awam sokongan dengan penambahbaikan skim dan menaikan paras gaji minima RM1,200. Jika kenaikan gaji adalah solution terbaik, jangan merungut mungkin satu hari nanti RM10  tidak cukup untuk makan tengah hari.


No comments:

Post a Comment