Thursday, September 8, 2016

Negarawan ulung

Askar maya belaan orang umno macam cacing kepanasan melihat Mahathir bersalaman dengan Anwar.

Jauh beza antara macai dengan seorang negarawan. Walaupun Tun digasak oleh wartawan adakah dia sudah berkawan dengan Anwar, Tun kekal fokus. Kedatangannya hanya memberi sokongan kepada Anwar dengan Anwar ke mahkamah sebagai tanda sokongan kepada Anwar untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Mahathir akan buat apa saja asal dia untung."

Jika Tun mahu wang, dia hilang banyak wang melawan Najib. Kalau ada mengatakan Tun takut kehilangan bilion asetnya, Tun sudah diluar kerajaan. Najib boleh mengarahkan macainya menyiasat, menyita dan mendakwa.

Sebenarnya, umno takut Anwar bersekutu dengan Tun dalam pru akan datang. Jika pembangkang tidak bertindan kerusi, tidak mustahil putrajaya akan bertukar tangan.

Macai umno sudah kehabisan modal menghentam Tun sedangkan Tun sejak dari dulu lagi kekal fokus membangunkan negara.

Tun melawan Tunku Abdul Rahman kerana pentadbiran Tunku yang pincang. Tunku mahu melaksanakan dasar sama rata antara semua kaum. Mengapa Tun tidak menghentam Tun Abdul Razak..?

Jika Tun ditaktor sejati sudah tentu beliau tidak meletak jawatan.

Keahlian Bersatu hanya untuk bumiputera. Bukankah membuktikan Tun masih menjaga bangsanya.?

Menjatuhkan Najib adalah satu dosa, sebaiknya orang yang mengeluarkan fatwa ini bermuhasabah diri. Najib sedang membawa negara ke arah kehancuran.

No comments:

Post a Comment