Friday, May 18, 2018

Ekonomi rakyat kukuh, rakyat akan terus bersama PH

Jika ekonomi rakyat kembali pulih, umno akan terus ditolak oleh rakyat. Semenjak Tun mula bertugas, memulihkan kuasa membeli menjadi agenda utama.

Walaupun dalam manifesto PH akan menghapuskan tol, rakyat boleh menerima jika kerajaan tidak berbuat demikian. Apa yang rakyat mahukan ialah kuasa membeli dikembalikan.

Jika kerajaan menambah kelajuan intenet, ia akan memberi persepsi yang lebih baik kepada kerajaan.

Tun sudah mengeluarkan kenyataan, tiada tangkapan kepada individu yang menghina beliau, apatah lagi hanya sekadar mengkritik.

Jika situasi ini dinilai, memang agak sukar BN merampas kembali kuasa yang hilang. Rakyat mahukan kerajaan yang telus.

Sejak dari dulu ekonomi fiskal Malaysia agak baik. Namun disebabkan polisi dan perbelanjaan kerajaan, rakyat  tidak mahu kerajaan yang hiprokrit.

Sebab terbesar keruntuhan BN ialah kerajaan tidak menangani masalah ekonomi rakyat. Ketika pemimpin BN bermewah, kerajaan berbelanja berbilion tetapi rakyat merasakan mereka miskin kerana kerajaan.

Mengambil contoh. Sebuah syarikat milik umno telah memberi bonus hanya kepada pegawai besar ( orang umno), pekerja bawahan tidak sebarang faedah. Kerja harian semakin membebankan. Keadaan ini menerbitkan pemberontakkan secara diam.

Contoh kedua, syarikat milik GLC tidak mampu memberi kenaikan gaji, bonus kerajaan lebih tinggi dari mereka. Ramai pekerja terpaksa berhutang untuk kelangsungan hidup.

Oleh yang demikian, manifesto gaji minima RM1500 adalah satu tawaran yang bagus untuk mereka.

Dalam hal ini adakah Najib yang bersalah atau orang Najib tidak membuat kerja.

Mengambil contoh tersebut, Najib bersama kepimpinan umno harus dipersalahkan. Najib mengambil Idris Jala sebagai master mind ekonomi dan pada masa yang sama pemimpin umno tidak mengambil peduli masalah rakyat, Yang penting bagi mereka, perut perlu dibuncitkan.

Pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST dilakukan secara serentak. Sudah pasti kenaikkan harga barang akan berlaku. Jika penghapusan subsidi disusuli dengan kenaikan gaji, rakyat boleh menarik nafas, tapi agak malang apabila kerajaan hanya memberi kenaikan kepada sektor awam.

Dasar ekonomi yang menjerut perut rakyat mampu merobohkan satu tamadun.

No comments:

Post a Comment