Friday, July 13, 2018

Melayu Baru

Kerajaan India tidak meminta secara rasmi penghantaran Zakir Naik. Ironinya menteri berbangsa India bersungguh untuk menghantar Zakir Naik.

Menteri Cina bersungguh untuk UEC walaupun ia bercanggah dengan pendidikan yang berpaksi dengan perlembagaan.

Menteri melayu hanya tukang angguk. Ayat wow. hari ini kahwin takan esok dapat anak.

Bukan melayu bersatu untuk bangsanya, orang melayu berbangga dengan perkongsian kuasa.

Melayu tidak peduli menteri tidak buat kerja untuk kaumnya .Melayu hanya mahu Najib tidak boleh bagi BRIM dan rosmah tidak keluar tv.

Asal hatinya puas, melayu tak kisah dengan kehilangan haknya. Orang melayu tidak pernah fikir pun, apa masalah Zakir Naik dengan mereka?

Oh melayu.

Ditanya melayu... apa yang malaysia baru? tergamam terpinga kerana tiada jawapan.

Orang melayu masih ada jawatan, ada lagi pekerjaan untuk lepak kedai mamak. Keselesaan itu dapat dirasai walaupun harga barang masih tidak turun.

Oh ye... awak menyokong Najib ke ambik duit rakyat? inilah mentaliti melayu walaupun ungkapan mulutnya "Malaysia Baru".

Yeaa Malaysia baru.... baru kerana orang Melayu tidak perlukan DEB.

No comments:

Post a Comment