Sunday, July 22, 2018

Sungai Kandis cerminan melayu baru

Jika jumlah undi PH tidak berkurang pada PRK Sungai Kandis, orang melayu suka perubahan yang dibawa oleh kerajaan.

Jika orang melayu gusar dengan perubahan yang dibawa, mereka masih mampu memberi isyarat kepada kerajaan walaupun hanya peringkat dun.

70% pengundi Sungai Kandis adalah melayu. Keputusan pengundian menjadi signifikan penerimaan orang melayu terhadap kerajaan.

Selangor.

PH amat kuat di Selangor. Orang Selangor selesa dengan kepimpinan Azmin. Banyak perubahan yang dibawa oleh Azmin di Selangor berbanding dengan Khalid Ibrahim. Legasi pembangunan yang dibawa oleh Azmin dinikmati oleh Amiruddin selaku MB ketika ini.

Walaupun PH secara terbuka mengaku mereka tidak mampu menunaikan manifestonya, PKR dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi.

Mood pengundi melayu.

Agak unik pemikiran orang melayu. Orang melayu membenci umno seperti non malay membenci umno. Orang melayu membenci Najib kerana Rosmah, 1MDB dan kekayaan pemimpin umno. Ringkasnya, orang melayu mahu umno maksum. Ironinya mereka boleh menerima dosa pemimpin PH.

Jika penyokong PH benar mahu melihat pemimpin bersih, mengapa mereka menerima MP umno yang korup melompat parti?

Jika kerajaan PH membenarkan MARA membuka peluang pelajaran atau bantuan kepada non bumi orang melayu akan menerima dasar itu.

Walaupun umno melakukan perubahan, parti ini sukar mendapat tempat dalam melayu baru. Mereka akan mencari alasan untuk terus menolak umno.

Seseorang tidak akan tahu besar nikmatnya mata selagi dia dapat melihat. Jadi berkuburlah umno agar satu hari nanti orang akan ingat umno banyak membantu dalam kehidupan orang melayu.

No comments:

Post a Comment