Friday, May 24, 2019

halusnya kafir memesongkan iman

Orang melayu memberi mandat kepada PH kerana janji, kerana fitnah bertubi-tubi sehingga sesuatu kebaikan menjadi jijik. Jika MCKIP dimomokan menjual negara kini projek itu dijulang antara yang terbaik.


Jika satu ketika dulu HSR satu projek pembaziran, kini setelah kroni diberi projek pembinaan kerajaan memberi rating yang baik. Semasa BN memerintah, projek ini diberikan kepada syarikat prasarana dimana syarikat ini ialah milik penuh kerajaan.

Setelah AES dijenamakan AWAS, PH telah mengumumkan penambahan 11 kamera di sepanjang lebuhraya PLUS. Jika dahulu kos dibangkitkan terlalu mahal, pembinaan AWAS jauh lebih mahal daripada AES.

Banyak lagi fitnah oleh PH yang boleh ditulis. Tapi apa gunanya menulis jika nasi sudah menjadi bubur. Peneroka tidak mendapat duit raya ia perkara lebih kecil berbanding dengan kesungguhan DAP mentransformasikan pendidikan untuk kaumnya.

Jika rakyat menghayati perlembagaan, menyantuni raja dan agama negara tidak ada keperluan memperkenalkan subjek agama lain kepada murid muslim. Memperkenalkan agama lain seperti memberi ruang kepada mereka untuk berdakwah. Jangan nanti apabila mereka berdakwah atas nama pendidikan orang Islam merungut.

Undang-undang melarang orang Islam menukar agama. Jika kementerian bersetuju dengan cadangan ini, tidak mustahil satu hari nanti kafir ini akan menyokong sebarang usaha untuk pemurtadan atas nama hak asasi.

Banyak firman Allah SWT memperingatkan pentingnya memilih pemimpin, jangan mempercayai mereka (kafir) kerana kejahatan mereka di dalam hati jauh lebih besar.

No comments:

Post a Comment