Wednesday, May 22, 2019

ekonomi Najib lebih jitu

Rindu zaman tun, RM50 penuh satu troli. Najib turun ringgit akan naik, minyak murah bebanan rakyat akan berkurang.

Motivasi rakyat untuk menukar kerajaan pru14.

Semalam BERNAMA melaporkan FDI suku pertama 2019 mencatat pelaburan tertinggi dalam sejarah. Pada masa yang sama Muhyiddin menegaskan  kerajaan memberi fokus memulihkan ekonomi negara.

Jika ditanya kepada rakyat, kenyataan Muhyiddin lebih realistik berbanding dengan menteri kewangan.

Hampir setahun, tiada berita pelabur besar berminat melabur dalam pasaran tetapi tiba-tiba Lim Guan Eng mengumkan FDI mencatat pelaburan yang mengkagumkan. Setelah disemak, rupanya angka FDI tersebut hasil penjualan aset negara.

Mana lebih baik BN berhutang membuat pembangunan atau PH menjual aset bagi manampung kos perbelanjaan?.

Ekonomi Tun vs ekonomi Najib.

Kekuatan ekonomi versi Tun kepada fiskal sedangkan ekonomi Najib lebih kepada  pelaburan syer. Tun lebih berminat dengan teknologi sedangkan Najib lebih gemar pemilikan industri.

Ekonomi Tun berkonsepkan payung manakala Najib memfokuskan pengukuhan syarikat tempatan dalam ekonomi dimana syarikat yang mempunyai modal pasaran yang besar disyaratkan melibatkan diri dalam pelaburan.

Oleh sebab itu, hampir 10 tahun Najib menjadi menjadi perdana menteri size aset TH, KWSP, KWAP atau Khazanah meningkat berkali ganda.

Setiap pelaburan mempunyai kekuatan tetapi kekuatan pemilikan jauh lebih baik daripada membangunkan atau pemindahkan teknologi. Jenis pemilikan bukan sahaja mendapat teknologi malah ia boleh menguasai pengurusan.

Walaupun Tun seorang yang bijak namun jika dibandingkan dengan pengurusan ekonomi, data-data membuktikan Najib berkemampuan memadam legasi Tun.

Mengimport teknologi kita akan berterusan di belakang teknologi. Tetapi jika berkemampuan membeli teknologi dengan pemilikan syarikat negara berkemampuan menjadi pemain utama industri.

Penjualan IHH amat mengecewakan Najib. Mengapa?

IHH adalah syarikat kedua terbesar di dunia dalam industri klinikal. Ia umpama syarikat Huawei dalam industri telefon pintar. Menjual syarikat yang berpontensi menjadi pemain pasaran bertaraf dunia adalah sesuatu yang amat merugikan.

Ekonomi Jepun dan Korea banyak disumbang oleh syarikat swasta yang berjenama dunia. Transformasi ekonomi yang dibawa oleh Najib ialah menukar kebergantungan pendapatan negara dari hasil minyak dan komoditi.

Dibawah Najib size modal Petronas makin besar. Dengan modal yang besar Petronas berkemampuan mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar minyak yang lain. Tetapi sekarang kerajaan PH undur ke belakang dengan menurunkan rating Petronas dengan memaksa syarikat tersebut membayar royalti secara berlebihan.

Model ekonomi Tun dah expired. Jika Najib masih menjadi pm kemungkinan ekonomi negara akan berkembang dengan lebih pesat. Menubuhkan satu konsortium yakni mengumpulkan modal syarikat tempatan untuk menjadi pelabur antarabangsa mungkin pilihan yang bijak.

No comments:

Post a Comment