Monday, May 20, 2019

Maszlee dikritik dihentam demi bumiputera

Isu kuota bumiputera bagi kemasukan matrikulasi terus diperdebatkan. Tiga parti cina bergabung mendesak agar Maszlee Malik meletak jawatan.

Maszlee diserang kerana beliau mempertikaikan syarat fasih bahasa mandarin oleh majikan untuk diambil bekerja. Hanya kerana mempertahankan bumiputera, beliau dilabel sebagai rasis dan bodoh. Gerakan menobatkan Teo Nie Ching sebagai menteri sedang giat dijalankan.



Serangan pemimpin Dap kepada Maszlee bukan pertama kali. Sebelum ini beliau diserang kerana kementerian pendidikan tidak memperuntukan bantuan untuk sekolah persendirian cina.

Tidak ramai pemimpin melayu tampil membela Maszlee. Hanya beberapa pemimpin Armada dan Ngo menyokong beliau.

Umno dan Pas belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Hanya Reezal Merican tampil menyokong agar Maszlee tidak perlu minta maaf.

Takrifan Malaysia baru masih samar. Rakyat hanya disajikan perjuangan sebenar Dap yang menumpukan kepentingan kaum tertentu tanpa berpaksi pada perlembagaan.

Rata -rata orang melayu melaungkan slogan kerajaan sepenggal. Jika kerajaan tidak menarik semula persempadanan semula yang diwartakan pada tahun lepas, apa yang dihajati oleh rakyat mungkin menjadi kenyataan.

Satu petition diwujudkan tanda sokongan kepada Maszlee. Orang melayu perlu mengetepikan ideologi politik dengan menandatangani petition ini.

No comments:

Post a Comment