Thursday, May 16, 2019

PTPTN bankrup kerana umno

Hutang ptptn mencecah RM40b. Dalam 20 tahun akan datang, hutang tabung pendidikan ini akan mencecah RM76b.

Walaupun tidak menyatakan sebab mengapa pengurusan kerajaan bn gagal mengutip hutang, PH tetap akan menyalahkan bn.

Statistik pembayaran balik hutang peminjam turun secara drastik selepas PH mengambil alih tampuk kerajaan. Ia berlaku kerana manifesto PH menyatakan peminjam hanya dikenakan bayaran balik setelah gaji mereka mencecah RM4000.

Sebilangan rakyat juga percaya dengan kenyataan pemimpin PH, hutang ptptn akan dihapuskan selaras dengan dasar pendidikan percuma.



Pengurusan baru ptptn tidak mengaku salah satu faktor pembayaran balik ini gagal disebabkan oleh pemutihan nama peminjam ke luar negara.

Umum maklum, mereka yang sering ke luar negara ialah mereka yang berkemampuan atau berjawatan tinggi. Dasar BN menyekat kelompok ini daripada culas membayar adalah dasar yang amat baik.

Walaupun pengurusan era kerajaan BN membuat dasar proaktif seperti memberikan diskaun, pelupusan hutang kepada pelajar yang mendapat aggregate cemerlang, namun mereka masih menghadapi kesukaran pembayaran balik.

Peminjam tidak mahu membayar balik pinjaman kerana mereka yakin apabila PH menjadi kerajaan mereka tidak perlu membayar hutang. Jika tidak dihapuskan sekalipun, seperti dalam manifesto mereka hanya perlu membayar setelah mereka mendapat gaji RM4000.

Janji PH telah merosakkan ptptn. Setelah menguasai putrajaya, dosa mereka dialihkan kepada tampuk pengurusan lama. Sikap buruk PH telah memakan diri dan peminjam baru.

Jika pengurusan ptptn mahu membuat semula dasar sekatan ke luar negara, pembaharuan cukai jalan kenderaan dan lesen perniagaan ia wajar disokong. Tetapi jika kerajaan mahu membuat tindakan yang sama kepada waris atau penjamin, ia sesuatu yang tidak baik.

Isu ptptn seharusnya dilihat secara holistik. Isu utama dalam pembayaran ialah sikap culas dan kemampuan peminjam. Jika sengaja culas membayar kerana tiada tindakan, maka kerajaan disaran bertindak. Jika kemampuan menjadi alasan, kerajaan harus menetapkan kadar kemampuan pembayaran.

Ekonomi adalah selari dengan kemampuan. Kerajaan harus giat meningkatkan gaji bagi menyokong sosial peminjam. Jika laporan bank negara menjadi asas perbincangan, tidak hairanlah mengapa peminjam sukar untuk membayar balik pinjaman.

Upah dan jenis pekerjaan yang ditawarkan dalam pasaran memerlukan tambahbaik. Jika pendapatan tidak memadai dengan nilai pinjaman, masalah pembayaran ptptn tidak akan selesai.

No comments:

Post a Comment