Wednesday, May 15, 2019

13 Mei melayu terrorist?

Cina bukan pencetus rusuhan. Cina adalah mangsa keganasan satu kaum majoriti dalam sebuah negara. Orang cina tidak menghina orang melayu. Apa yang tercatat dalam sejarah Malaysia adalah kehendak politik umno.

Fakta kertas putih MAGERAN adalah rekaan. Fakta saling bercanggah. Ia direka bukan untuk keharmonian kaum, tetapi alat umno membantu orang melayu melalui dasar DEB.

Sudah tiba masanya, DEB dimansuhkan. Matrikulasi dan Uitm juga harus difaraidkan untuk semua kaum. Melayu sudah maju. Melayu tidak lagi memerlukan tongkat untuk berjaya.

Intipati malaysiakini dalam membina naratif baru tragedi 13 Mei 1969.

Naratif baru.

50 tahun dulu mereka ialah kaum pendatang. Tapi kini dengan kuasa dan ekonomi mereka mampu mengubah sejarah.

Mereka sudah membentuk kumpulan penulis sejarah buku teks. Kalau bukan kerana penentangan sejarahwan melayu, putrajaya sudah tunduk dengan desakan satu kaum mengubah sejarah.

Jika perjuangan Nelson Mandela menjadi contoh kedamaian, secara asasnya mereka tidak mensyukuri apa yang mereka kecapi. Kaum kulit hitam di Afrika Selatan adalah kaum pribumi yang ditindas sedangkan orang cina adalah pendatang yang disanjung.

Kalau bukan kerana kelembutan dan timbang rasa orang melayu, orang cina akan menerima nasib seperti orang cina di Indonesia. Mereka bukan sahaja dilarang berkomunikasi dalam bahasa ibunda, nama juga perlu melambangkan orang Indonesia.

Inilah yang dikatakan kaduk naik junjung, diberi betis hendak peha. Selagi Malaysia tidak menjadi Singapura mereka akan terus menjadi api dalam sekam. Merosakkan kemakmuran demi kepentingan kaumnya.

Ratifikasi Antarabangsa

Mereka bersungguh meratifikasi ICERD dan Statut Rom kerana kaumnya mendapat banyak kelebihan. Apabila kerajaan meratifikasikan ICERD, secara teorinya DEB bercanggah dengan undang-undang Artikel 5 ICERD.

Malaysia banyak melanggar undang-undang ICERD. Tender terhad kepada bumiputera antara dasar yang perlu dihapuskan. Uitm dan kemasukan universiti awam mengikut kuota boleh dianggap melanggar perjanjian. Menurut undang-undang ICERD, dasar ini dianggap jenayah dan boleh dihukum.

Statut Rom adalah pelengkap kepada agenda politik kaum ini. Pelaku ICERD boleh dianggap jenayah. Sesiapa yang menghasut untuk memperjuangkan kaumnya, seperti kelangsungan DEB, maka bersedialah untuk dihadapkan di makamah antarabangsa.

Muslihat

Satu ketika dahulu, Lee Kuan Yew tidak lekang songkok di kepalanya. Setelah Singapura keluar Malaysia, songkok Lee Kuan Yew hanya dalam tong sampah. Singapura telah diacu demi kelangsungan bangsanya. Bangsa peribumi yang menaruh kepercayaan semakin terpinggir dan menjadi pengemis di negaranya sendiri.

Bangsa yang tidak lupa sejarah akan menjadi bangsa yang selamat. Sejarah boleh menjadi panduan, ilmu menjadi pemangkin, iman akan menyelamatkan manusia dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment