Wednesday, May 29, 2019

rahmatan lil alamin berbuka di kuil

“Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”, Al-Quran melalui ayat 107, Surah al-Anbiya’.

Ayat ini membuktikan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw untuk semua makhluk di bumi dengan nilai kasih sayang tidak mengira kaum dan agama malah kasih sayang itu tidak terbatas hanya dengan manusia.

Konsep rahmatan lil alamin yang dibawa oleh kerajaan adalah baik kerana Allah sendiri memerintahkan muslim menyantuni bukan Islam dengan kasih sayang. Malangnya konsep Islam untuk semua umat sengaja dimanipulasi atau disalah tafsir.


Malaysia adalah negara Islam, 70% peratus rakyatnya adalah muslim. Entah dimana silapnya Islam sekarang Islam seperti agama terasing.

Orang Islam seperti terdesak mempromosikan Islam dengan menggadaikan nilai-nilai murni yang selama ini kita pelihara.

Sebarang penyelewangan agama seperti menyamakan Islam serba boleh sehingga menyamaratakan Islam dengan agama lain adalah sesuatu yang perlu ditegah.

Wujudnya pluralisme akan ada sekularisme kerana pandangan ini adalah selari. Jika budaya pluralisme menjadi asas rahmatan lil alamin, apa akan jadi pada generasi akan datang?

Buat YB Akhmal adalah lebih baik menjemput non muslim berbuka bersama di masjid daripada berbuka di kuil.



Jika pandangan membenarkan berbuka di kuil, salahkan seorang artis melancarkan bisnes tudungnya di sebuah pub? Akan ada soalan, salahkah sembahayang orang Islam di kuil dengan mengadap kiblat?



Ramai orang melayu melupakan budaya. Jika dahulu berhari raya dengan ziarah menziarahi kini mereka lebih gemar menonton wayang atau melepak di shopping complex.

Sudah ada majlis berbuka puasa diadakan seperti menyambut tahun baru jadi tidak mustahil konsep Islam itu mudah dan rahmatan lil alamin menjadi kunci keruntuhan Islam.

No comments:

Post a Comment