Saturday, June 15, 2019

PKR dengan semburitan berpisah tiada

Sekali lagi masyarakat disajikan politik lucah, video seorang menteri bersemburit di sebuah hotel di Sandakan Sabah. Uniknya, menteri ini dari parti yang terhasil daripada tuduahan atau pengamal biseksual.

Jika bukan Haziq Aziz mengaku beliau adalah individu dalam video tersebut, Azmin mudah untuk menafikan dan sudah pasti hasil siasatan hanya terkunci dalam fail sulit.

Persoalan yang timbul, mengapa Haziq mengaku tanpa sebarang paksaan? Jika ia satu konspirasi tetapi untuk apa kerana kedudukan beliau dalam politik dan kerajaan jauh lebih baik daripada bayaran yang diterima jika ada?

Menuduh umno dalang dalam penyebaran agak tidak berasas. Secara umum rakyat sudah menolak kerajaan dan parti ini tidak memerlukan politik lucah untuk menumbangkan kerajaan yang serba serbi lemah.

Dalam isu ini, Anwar adalah orang yang mendapat maanfaat kerana Azmin diura-urakan sebagai pengganti Tun berbanding dengan Anwar. Perlantikan Latheefa Koya sebagai bos SPRM boleh menggugat Anwar di atas pelbagai sebab. Oleh sebab itu perlantikan Latheefa ditentang hebat oleh penyokong Anwar.

Azmin hanya mengenali Haziq dari jauh, tapi tweet ini membuktikan sebaliknya.

Masyarakat mempercayai orang politik adalah sia-sia. Kenyataan Naib ketua AMK Sabah Blisson Zainuddin menyalahkan Haziq kerana memerangkap Azmin telah disangkal oleh Syed Badli Shah kerana sebelum itu Blisson cuba untuk menyalahkan Rafizi, kem Anwar.


Samada Azmin diperangkap atau Haziq diperalatakan bukan isu utama. Pointnya sekarang ialah ketulenan video dan siapa pelaku sebenarnya. Jika Azmin diperangkap, menjijikan sungguh tabiat seorang menteri sebuah kementerian utama mengamalkan kaum Nabi Luth.

No comments:

Post a Comment