Thursday, June 20, 2019

Penangan perokok kerajaan boleh jatuh

Jika pelakon video semburit itu pemimpin umno, tiada istilah fitnah, menutup aib atau konspirasi. Saya boleh beri jaminan umno boleh dibubarkan.

Baru-baru ini orang bukan Islam disaran memberi pendapat untuk mempertabatkan pendidikan Islam di sekolah. Jika kaji selidik ini dibuat semasa umno memerintah, saya juga berani memberi jaminan ruang maya sudah dipenuhi maki hamun.

Jika Najib Razak membuat hutang atau menjual aset negara sebanyak mana PH buat, agak-agak apa pembangkang buat? Adakah rakyat boleh menerima penjelasan dari menteri umno?

Mengapa orang melayu begitu benci dengan Umno? Mesti ada sebab mengapa rakyat mempercayai fitnah dan boleh menerima

Rokok

Faktor kecil dalam hati yang telah memarakkan amarah rakyat. Pada tahun 2015 Najib telah menaikkan cukai rokok sehingga 40% untuk membendung budaya merokok. Malangnya keputusan Najib silap apabila perokok memprotes secara senyap.

Perokok tidak memprotes kenaikan harga tetapi perokok membalun kepincangan pentadbiran Najib dengan mempercayai fitnah dan menaruh harapan kepada pihak lain.

Jika KKM tidak membuat peraturan mengarut bagi perokok, saya yakin kerajaan PH tidak selemah ini.

Walaupun niat menteri itu bagus, tapi dasar larangan merokok terlalu ketat dan perokok merasakan kerajaan tidak menghargai sokongan dan tertipu.

Saya yakin perokok akan mengiyakan hujah atau nasihat orang tidak merokok. Perokok juga tidak akan bertengkar malah mengangguk tanda setuju untuk setiap nasihat tetapi yakinlah pada masa yang sama  perokok akan mencucuh rokok di tangan.

Statistik membuktikan harga tinggi sekotak rokok tidak mampu untuk perokok berhenti merokok. Rokok tiruan membanjiri pasaran sehingga kerajaan hilang 5 bilion setahun atau bersamaan dengan 10% nilai pungutan gst.

Nilai ini tidak termasuk perokok yang beralih kepada rokok elektronik.

Apa yang kerajaan dapat dengan menaikkan cukai rokok? Adakah pendapatan pungutan cukai rokok bertambah atau ramai perokok berhenti merokok atau kesihatan rakyat lebih baik?

Kelembapan kelajuan internet.

Walaupun kecil tetapi jiwa rakyat tidak selesa dengan pentadbiran umno. Streamyx RM110 bagi kelajuan 1Mbps. Awak rasa laju ke 1Mbps pada waktu sekarang?

Umno lambat membuat keputusan dalam industri 4.0. Ekonomi Najib sudah bergerak ke dalam revolusi ekonomi tetapi pentadbirannya tidak membenarkan penggabungan infra dari TM dan TNB. Jika penggabungan ini dilakukan awal, ia memungkinkan rakyat akan menikmati kelajuan internet dengan harga rendah dan meredakan kemarahan rakyat.

Masih ingatkah kenyataan menteri komunikasi umno? Rakyat tidak suka internet yang laju? annoying kan?

Harga minyak.

Antara penyebab utama kejatuhan kerajaan BN ialah apungan harga minyak. Dasar apungan umpama umno sengaja menempah makian setiap minggu. Untuk setakat hari ini kerajaan PH hanya disindir dengan janji tetapi percayalah jika PH melaksanakan subsidi bersasar PH akan tersungkur.

Berbaloikah BN membuat aset tetapi kehilangan kerajaan?

GST.

Isu gst adalah propaganda yang berjaya dibawa oleh PH. Rakyat menjadi tidak bijak kerana faktor kecil yang berputik di dalam hati. Jika gst sistem percukaian yang tidak baik mustahil ia dilaksanakan oleh 160 buah negara.

Tidak ada gst tetapi harga telur naik seperti roket.

1MDB

Oleh kerana ia sedang dibicarakan biarlah kes ini selesai dan ada penggulungan. Setakat hari ini hanya kes SRC atau RM42 juta sedang dijalankan. Jika Najib mengambil RM42 juta, jangan lupa 1MDB telah menyelamatkan berbilion duit rakyat melalui TNB dan menghapuskan IPP tajaan kroni.

PTPTN DAN RM1.50 seliter DAN Hutang FELDA

Ia merupakan antara janji yang tidak masuk akal dan rakyat sudah tahu mereka kena tipu. Siapa yang menipu dan ditipu?

Yang kena tipu sudah pasti oleh melayu dan orang yang menipu ialah politik PH dan orang cina dan serta mereka yang bijak pandai.

Dengan kuasa orang cina menjadi penguasa, melayu hanya sebagai belaan. Politikus melayu menjadi menteri bersama kroni, orang yang pandai sudah pasti mendesak kerajaan yang serba lemah.

Melayu tidak pandai tidak tahu mereka dibela oleh umno. Umno sudah lama digasak oleh mereka yang berkepentingan. Tapi ok juga umno kalah. Biarlah dasar liberal, bantuan atau tongkat melayu dibuang oleh PH.


Kelebihan Pakatan Harapan

Kebijaksaan PH bukan mentadbir, tapi membuat muslihat dan gabungan ini sesuai menjadi pembangkang. Mereka menaikkan harga projek, mereka juga yang mendakwa dapat menjimatkan kos. Mereka menuduh hutang negara 1 trililion, mereka jugalah yang menjadikan hutang negara ke angka itu.

Bergaduh sesama sendiri, berebut jawatan, membohong adalah satu syarat wajib untuk menjadi sebahagian politik PH. Oh yea, bodoh adalah satu syarat wajib menjadi penyokong PH.


Perjumpaan mereka berkisar pada apa? Jawatan...

No comments:

Post a Comment