Saturday, July 6, 2019

Bersatu mohon nyawa

Tun M memang hebat berpolitik tapi bukan sukar untuk membaca apa tindakan beliau. Saranan untuk orang melayu bernaung dalam PPBM cuma sambungan mengapa beliau menubuhkan parti cop bunga.

Walaupun Bersatu parti pemerintah, keahlian parti ini masih di tahap yang mengecewakan. Katak umno yang diharapkan menguatkan parti, rupanya mereka hanya minta nyawa.

Jika ditakdirkan beliau pergi dan Muhiyyidin terlantar di hospital, tiada siapa mampu menerajui parti. Semua pemimpin bersatu berstatuskan sijil palsu. Jika ada yang berlabelkan Dr. otaknya bingai dan tidak ada sikap kepimpinan.

Tun tidak ada pilihan selain Azmin. Nak harapkan MB Kedah, Bersatu akan bungkus. Sebab itu semburitan tidak disabitkan kesalahan seperti Anwar.

Anwar dalam dilema. Diharap bateri jantung Tun padam, tapi Siti Hasmah pandai menjaga makanan suami. Berhenti makan sebelum kenyang adalah tonik mengapa usia 94 tahun masih kuat mengayuh basikal.

Anwar semakin geram, setiap minggu beliau tidak malu menghadap si tua mohon simpati untuk menurunkan kuasa. Hati Si Tua masih keras bak batu gunung yang memahat banjaran. Kalau ada ilmu sakai menembusi pendinding, pasti bekas banduan yang diampunkan akan menggunakan khidmatnya.

Jam di dinding tidak akan berhenti. Setiap detik yang berlalu menekan Bersatu mencari ahli. Parti tiada ahli umpama parti Ibrahim Ali. Suara gegak gempita tapi jika bertanding pru mungkin tidak ada kerusi dimenangi.

Politik sukar dijangka begitu juga dengan kesihatan Tun. Jika dipanjangkan umur, maka panjanglah umur Bersatu. Jika Tun sudah mula tersedak, Bersatu akan jadi parti sepenggal.

Prestasi Bersatu dalam pru tidak sebaik parti cina DAP.  Jika PH mahu terus duduk di Putrajaya, satu pilihan yang ada adalah merojakkan kerusi Bersatu. Jika tidak PH akan berbaring semula di jalanan.

Oh badan oh nyawa. Jeritan hati Anwar semakin meronta. Sebelum ku pejam mata, biarlah sekali ku pegang kuasa. Suara hati ini pasti didengari bekas pasangannya, Azmin Ali. Namun tidak mungkin bekas kekasih ini melempar simpati jika dia sendiri mampu untuk ke puncak kuasa.

Sinetron politik akan terus bersiri selagi Tun dan Anwar berseteru. Bak kata Mat Sabu, elephant elephant fight, grass will suffer. Negara akan mundur, rakyat akan sengsara.

Jika ada sekulumit iman, bersaralah tuan.

No comments:

Post a Comment