Thursday, July 11, 2019

Politik Tun M memang grade A

Jika sembang politik, usah sesekali berdebat dengan seorang bebal, nanti akan menjadi 2 orang bebal. Sekalipun orang itu berstatuskan dr, belum tentu bicaranya seperti orang yang berpengetahuan.

Menyokong kerajaan bukan bermakna menyokong semua dasar kerajaan, tetapi ia dilakukan demi kestabilan politik. Usul menguntungkan Islam harus untuk disokong dan jika sebaliknya wajib ditentang.

Acapkali unsur lgbt diterapkan dalam pentadbiran kerajaan, terbaru seorang ratu transgender dilantik untuk menganggotai CCM dibawah KKM. Oleh kerana Tun sudah memberi signal ok, isu ini akan tenggelam seperti video semburitan.

Tun ada kuasa, tapi ia umpama lembu yang dicucuk hidung. Akan perihal itu, Tun mohon nyawa dengan menyarankan MP umno melompat. Umno menyambut saranan itu dengan bersikap tunggu dan lihat. Ternyata hanya Anwar seorang kepanasan dan mohon penjelasan.

Anwar sedar jika MP umno melompat impiannya untuk menjadi PM akan mencapai titik noktah. Setelah Mac lepas beliau gagal melaksanakan misinya, cubaannya kali kedua juga buntu. Tun mengunci kemas semua ruang untuk Anwar bertindak. Sebab utama kegagalannya ialah Azmin sudah liar dan menjadi ikan emas Tun.

Kebijaksanaan politik Tun terserlah apabila mencuri harimau dalam kandang untuk dijadikan haiwan peliharaan. Jika benar Tun mahu Anwar menjadi PM, Anwar tidak dibiarkan dengan title MP Port Dickson sementara Anwar berani untuk Wan Azizah mengosongkan jawatan.

Tun hanya membiarkan Dap bermain. Walaupun orang cina dan Dap mendapat apa yang mereka mahukan, bagi Tun ia umpama boneka atau jajan untuk anak-anak. Apalah sangat dengan peruntukkan untuk kaum cina jika dibandingkan dengan kejayaan beliau mempermainkan Anwar.

Anwar sudah hilang taring, DAP leka dan permainan sementara umno sibuk dengan menguruskan parti, realitinya Tun mengawal semua politikus.

Antara menjadi ancaman Tun ialah Najib Razak. Walaupun Najib Razak sedang menangani berbakul dakwaan dalam makamah, mantan PM masih mampu menimbulkan keterujaan kepada rakyat. Ilmu Najib bukan sedikit untuk dikesampingkan, tetapi bagi Tun amat mudah untuk menangani Najib.

Sifir politik Tun simple, melayu mudah lupa. Setahun sebelum pru lambakan dedak mampu memadam semua dosa PH. Apabila rakyat mendapat sedikit habuan, sokongan segenap penjuru akan datang dan akhirnya PH akan terus kekal menjadi parti pemerintah.

Tun negarawan atau pengkhianat, terpulang kepada takrifan masing-masing. Selamat hari lahir Tun Mahathir.

No comments:

Post a Comment