Friday, July 12, 2019

2030 Malaysia negara republik

Anwar Ibrahim menegaskan hukuman yang dikenakan kepada s/u Guan Eng sebagai jumud, lapuk dan satu pemikiran usang. Wan Ji dikenakan hukuman setahun penjara kerana menghina Sultan Selangor.



Wan Ji telah melakukan kerjanya dengan baik, iaitu menjadi barua sekumpulan orang untuk menjatuhkan institusi beraja. Penangkapan beliau adalah sebahagian rancangannya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik.

Jika Anwar menganggap hukuman Wan Ji sebagai jumud, adakah bakal PM ini juga mahu menghapuskan sistem monarki?

Jika dilihat dari sentimen penentangan, agenda menghapuskan sultan-sultan seperti direstui oleh PH. Kejayaan himpunan icerd banyak membantutkan agenda merobohkan pagar istana. Ia kerana bantahan dari orang melayu sebagai kaum majoriti memungkinkan terjadinya deep state dan PH akan hilang kuasa.

Inilah perangai Anwar yang menyebabkan orang umno dan Tun tidak menyokong Anwar menjadi PM. Kegilaan Anwar seperti Trump. Menilai Anwar Ibrahim jangan dari kata-katanya, nilaikan Anwar dari tindakannya.

Anwar semakin sebulu dengan Kit Siang. Walaupun Tun meredhakan melayu dibuli tetapi dalam beberapa perkara Tun masih menjaga kepentingan melayu.

Kepulangan Zahid Hamidi dan keputusan BN melantik Najib sebagai penasihat, ada kemungkinan landskap politik berubah.

Dengan pendakwaan makamah yang berjela, sudah pasti Zahid dan Najib tidak memihak kepada Tun jika Anwar mampu menawarkan sesuatu pakej istemewa.

Jika Anwar cukup kerusi menolak Tun dari Putrajaya, Kit Siang akan menuntut janji seperti yang dipersetujui. Apa yang Kit Siang mahu dari Anwar kalau bukan menghapuskan kuasa sultan.

Bak kata Wan Ji, 2030 adalah misinya untuk menghapuskan kuasa sultan. Siapakah dibelakang Wan Ji kalau bukan DAP.

No comments:

Post a Comment