Sunday, August 25, 2019

memang ada orang gila yg menderma beratus juta

Kes SRC hampir ke penghujung. Aku tidak mengikuti perbicaraan ini secara langsung tapi beberapa jawapan saksi pendakwaan amat menarik untuk dihadam.
  • Pengakuan bekas pengarah SRC Datuk Suboh Md Yassin tidak menolak kemungkinan tandatangannya dipalsukan oleh Nik Faizal.
  • Jawapan Joanna Yu Ging Ping hanya berdasarkan andaian sendiri bahawa semua transaksi atau arahan adalah daripada Najib. Walaupun kadangkala ia mencurigakan namun beliau tidak membuat sebarang tindakan untuk pengesahan daripada pihak yang sepatutnya.
  • Pegawai SPRM Rosli Husain mengaku mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Riyadh, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.
  • Najib mengaku membelanjakan RM3.36juta dalam masa satu hari di butik barangan kemas De Grisogono di Itali pada 2014. Perbelanjaan itu untuk membeli cenderahati buat keluarga diraja dari sebuah negara.
Sehingga hari ini tidak nampak Najib menggunakan duit SRC untuk membeli barangan peribadi. Malah perbicaraan ini membuktikan apa yang dikatakan olehnya benar. Dia menerima duit daripada kerabat Arab Saudi RM642juta.

Jika sebelum ini ada yang mendakwa hanya orang gila sahaja menyumbang duit berjuta-juta, ternyata dalam dunia ini ada orang sebegitu.

Ada yang mempertikaikan mengapa harus membeli hadiah yang mahal, tidak perlu menjawab soalan ini. Bagi kerabat negara teluk, RM3.36juta hanya budget minum pagi.

Dibawah pentadbiran Najib, hubungan Arab Saudi dan negara teluk amat baik sekali. Amroco telah melabur RM30bilion di Pengerang dimana sekarang ini Malaysia menikmati pelaburan tersebut.

Daripada soalan balas peguam bela, Nik Faisal adalah pemegang amanah akaun. Dia sepatutya orang yang dipertanggunjawab menguruskan akaun tersebut. Akan tetapi beliau telah melarikan diri atas kesilapan SPRM kerana tidak meletakkan beliau dalam bon jaminan.

Kesimpulannya, pendakwaan terhadap Najib pincang dengan ketiadaan Nik Faisal dan Jho Low sebagai saksi utama. Hanya satu perbelanjaan Najib yang besar, membeli cenderhati untuk 'melobi'.

No comments:

Post a Comment