Friday, August 23, 2019

Semua Menteri PH Luar Biasa

Ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan. Satu selesai masalah lain timbul. Seperti ada tangan ghaib yang mahukan Tun menurunkan kuasa.

Tun Mahathir pernah mengeluh. Menjadi PM kali kedua adalah paling sukar. Selain mengetui sekumpulan keldai, beliau juga perlu sentiasa berwaspada. Ada babi yang mahu menyondol.

Jika rakyat tertipu, Tun juga terkejut dengan prestasi kabinetnya. Dia sangka kabinetnya seperti kuda, rupanya harap badan je kuda, otaknya seperti keldai.

Kerajaan baru berusia 15 bulan, tapi beliau terpaksa menukar portfolio menterinya. Jika tidak, masalah lebih besar akan timbul. Masakan tidak, ada menteri leka bermain dengan kereta terbang, tidak kurang juga ada menterinya terlampau bijak, 1 ekar kebun sawit boleh menghasilkan 15 tan buah sawit.

Kisah menteri tidak habis disitu. Menteri diamanahkan untuk menjaga agama, yang peliknya orang Islam terlalu membencinya. Benci seperti membenci menteri perpaduan, Waytha Moorthy.

Teringat kata Tun Daim, menteri perlu ke sekolah. Kerenah menteri PH agak luar biasa. Ada yang suka main belalai, tidak kurang yang suka temberang. Tidak keterlaluan, selemah Muhyiddin dalam umno, dia paling ke matang dalam PH.

Apa nak jadi selepas ini, hanya Allah yang tahu. Jika dahulu bayar hutang dikira sehingga cucu, mungkin selepas 5 tahun PH mentadbir, 7 keturunan hutang masih tak langsai.

Hutang tutup hutang, jual aset mahu tutup hutang. Walaupun skim Pak Man Telo diharamkan, tapi ideanya memang superb. Bukan seperti menteri kewangan, hutang tutup hutang, hutang tak susut hutang bank pula membusung.

Hakikatnya mengurus negara bukan semudah berbaring di jalanan. Jika pembangkang sekarang berperangai seperti pembangkang dahulu, menteri PH sudah boleh mengemas bilik pejabat.

No comments:

Post a Comment