Friday, August 16, 2019

Semakin melayu muak, makin kuat melayu ditindas

Jangan salahkan mereka kerana mereka mahu Zakir Naik dihantar ke India. Mereka berani mendesak dan mengugut kerana mereka sudah berkuasa. Kalau bukan kita yang memberi kuasa, siapa lagi?

Kita marahkan mereka hanya untuk menutup kesilapan sendiri. Jika dahulu kita menuntut perubahan, mengapa kini tidak redha dengan perubahan.

Jika kita merasakan kita ditipu, tidak ada sesiapa yang memaksa untuk kita percaya apa yang mereka janjikan.

Sudah diperingatkan dalam memilih pemimpin, tetapi kita sombong. Diberi nikmat cukup makan, tapi kita rasa ia tidak mencukupi.

Manusia setiap hari akan berdosa dan kesilapan adalah lumrah manusia. Jangan ditangisi kesilapan kerana ia titik mula perjuangan.

Keldai tidak berbicara politik kerana keldai tidak suka menggunakan otak. Semakin ramai berfikiran seperti keldai, setiap minggu sikafir akan meraikan kemenangan.

Ingatlah, politik adalah sumber kuasa dan jika kita membiarkan orang mengambilnya jangan sesekali memekik terlolong. Nanti terserlah kebodohan sendiri.

Antara hadith² dalam luruskan saf solat,
“Adapun Rasulullah SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih.” [Riwayat Muslim (432)]
Kunci kuasa politik adalah jemaah. Andai hati kita masih berselisih selagi itu kita akan ditumbangkan.

Pelbagai bahasa didunia, tapi dalam solat hanya satu bahasa yang diterima. Hikmahnya umpama lidi sebatang memang rapuh, tapi bila lidi menjadi penyapu pasti tidak kelihatan sebarang sampah.

Tidak ada kuasa di dunia mampu menumbangkan Islam jika umatnya satu saf. Cari titik persamaan, jauhkan jurang perbezaan pasti ada sinar.

No comments:

Post a Comment