Wednesday, August 14, 2019

Perpaduan sudah mula mereput

1. Tentangan pembelajaran khat jawi hebat diperdebatkan. Perancangan awal KPM ialah 6 m/s tetapi menjadi 3 m/s setelah dibantah. Walaupun bilangan m/s sudah dikurangkan ia masih tidak memuaskan hati sekelompok orang. Lalu KPM membuat keputusan agar menjadi pilihan warga pendidik.

2. Walaupun KPM sudah beralah, ada parti politik dan NGO yang ekstrem menolak cadangan tersebut dan mengarahkan agar KPM memansuhkan cadangan tersebut. Tentangan yang berterusan merimaskan orang melayu kerana mereka sudah banyak bertoleransi.

3. Sebelum itu, sikap AG yang agak berat sebelah dalam inkues kematian Adib telah menanam perasaan curiga dikalangan orang melayu. Mereka membandingkan keputusan² AG dalam beberapa kes termasuk skandal terowong.

4. Walaupun ada asas meletakkan pendakwaan kes abang botak dibawah seksyen 427, rakyat melihat hukuman yang diterima oleh beliau terlampau berat berbanding seorang lelaki cina yang telah mencederaan seorang pemandu bas yang hanya dikenakan denda RM1000.

5. Antara keputusan makamah dipertikaikan oleh rakyat ialah pemandu mabuk, memandu lawan arus dan beberapa orang samseng membuli pemandu kaum melayu menggunakan pedang.

6. Tindakan dan keputusan undang-undang menjadi sindirian rakyat. Mungkin kerana pendakwaan dan keputusan makamah sering tidak memihak kaum majoriti, orang melayu.

7. Bibit² keretakan perpaduan kaum semakin membesar apabila menteri yang diberi tanggungjawab adalah seorang yang dicurigai dan gagal dalam menjalankan tanggungjawab.

8. Terbaru satu insiden kecil telah menyebabkan seorang bapa kepada bayi 4 bulan maut dibelasah di lebuhraya. Semua komen netizen berbaur perkauman yang boleh ditarifkan sebagai merah oleh pihak keselamatan.

9. Perpaduan kaum semakin tercabar apabila pemimpin bukan Islam mendesak Zakir Naik dihantar ke negara asal. Orang muslim tanpa mengira agama kurang senang dengan situasi itu lantas perang mulut diantara kaum seperti sukar dibendung.

10. Desakan demi desakan akhirnya PM melabel Dong Zong sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan apa jua yang melibatkan orang melayu. Sejurus selepas itu, mufti Perlis mengandaikan bahawa ngo itu seperti kumpulan pengganas.

11. Lantaran kritikan PM terhadap ngo tersebut, beberapa pemimpin dan MP bukan melayu telah mengkritik Tun secara terbuka. Kritikan tersebut tidak disenangai oleh beberapa orang menteri dan ngo² muslim.

12. Jika sebelum ini seorang tokoh perniagaan menconteng bendera Malaysia, seorang lagi muncul dengan kritikan bahawa askar di Malaysia langsung tidak berguna. Askar ini sepatutnya dikerah menjadi pemetik kelapa sawit di ladang bukan sekadar makan dan tidur.

13. Orang melayu amat berang dengan kritikan tersebut. Walaupun tokoh tersebut sudah meminta maaf, orang melayu seperti sudah mengasah parang. Hanya menunggu semboyan dibunyikan.

14. Perpaduan kaum hanya ditaut dengan perasaan mempercayai, hormat dan timbang rasa diantara kaum. Ikatan ini hanya sebesar benang jahit yang boleh putus bila² masa. Usah ada lagi sebarang ucapan dan tindakan yang boleh memicu keruntuhan sebuah negara.

15. Hormatilah keamaan negara. Kemakmuran dan keharmonian bukan dibentuk dalam masa seminit atau setahun. Teras kemakmuran terbentuk dari titis darah perajurit sebelum ini.

No comments:

Post a Comment