Friday, July 26, 2019

Siapa yang berjanji minyak RM1.50

Benarkah PH berjanji untuk menurunkan harga petrol RM1.50 seliter?

https://www.malaysiakini.com/news/414976

"Hapuskan GST, subsidi minyak, turunkan harga kereta", PH tidak pernah berjanji menurunkan harga petrol. Yang disebutkan ialah subsidi bersasar seperti mana BN lakukan.
Subsidi bahan bakar akan diberikan untuk motosikal dengan enjin di bawah 125cc dan kereta dengan enjin di bawah 1300cc.
"Esok menang putrajaya, esok harga minyak turun". Ini janji Anwar Ibrahim sewaktu bersama Pakatan Rakyat, bukan akujanji Pakatan Harapan.

Anwar tidak terlibat langsung dalam pru14 kerana Anwar masih di Sungai Buloh. Dia hanya dibebaskan selepas PH mendapat mandat dari rakyat.

PH tidak menipu, rakyat yang keliru.



Video ini diupload Nov 2007 dan akhirnya 2008 Pakatan Rakyat menawan Selangor dan Penang. Ada sesetengah² pihak mengkaitkan Rafizi walhal dia tidak terlibat secara langsung dengan penyediakan manifesto PH.

Dalam buku "Panduan Bina Semula Negara", beliau juga secara jelas menyatakan subsidi petrol perlu diberikan kepada golongan tertentu dan menetapkan harga siling.

Kaedah ini sudah dipraktikan oleh BN, tetapi kerana asakan minda secara berterusan dan BN menetapkan harga syiling minyak RM2.50 seliter,  RM1.50 seliter adalah satu delusi.


Infografik manifesto PH dibuat dengan begitu menarik sehingga rakyat terpedaya dengan isi kandungannya. PH tidak menjanjikan bulan dan bintang seperti yang didakwa sesetengah pihak. Dalam masa setahun PH sudah banyak menunaikan janjinya.

Sebagai contoh, menghapuskan gst adalah kehendak rakyat dan ia sudah ditunaikan. Jika harga barang tidak turun ia bukan persoalan yang perlu dijawab oleh PH kerana ia kemahuan rakyat.

Gaji minima RM1,500

PH tidak menjanjikan gaji minima RM1,500 dalam manifestonya, yang dijanjikan adalah penyeragaman gaji diantara semenanjung dan Sabah Sarawak. Dan ia sudah dilakukan.

Memang benar, kepimpinan utama PH ada menyatakan untuk melaksanakan gaji minima RM1,500 tetapi ada atau tidak mereka menyatakan secara spesifik tempoh perlaksanaan? Mereka diberi tempoh 5 tahun untuk mentadbir negara, maka bagi la peluang kepada mereka untuk mentadbir.

Jika membaca manifesto PH ia tidak ubah seperti karangan. Intipatinya kosong. Pan Borneo, MRT, HSR, ECRL bukankah ia pengangkutan awam yang dibina secara komprehensif.

Janji 8: Memperbaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam.
  1. Memperkukuhkan E-hailing dan menjaga pemandu teksi
  2. Kurangkan kos lesen bas sekolah
  3. Pas pengangkutan awam bulanan RM100 (secara berperingkat).
Adakah janji PH diatas tidak realistik?

Sekarang ini jika pemandu teksi atau pemandu grab sama² semakin terbeban jangan menuding kepada PH kerana apa yang kerajaan PH buat adalah kehendak rakyat. Malah PH telah merancang untuk menurunkan harga kereta bagi mengurangkan kos sara hidup. 

Sekali lagi jika anda rasa PH berjanji akan menurunkan harga kereta semasa adalah kesilapan anda sendiri. PH hanya berjanji menurunkan harga kereta dengan mengurangkan cukai eksais bagi kereta pertama dibawah 1600cc SAHAJA.

Kesimpulannya, jika menuduh PH menipu, mengencing atau memberi harapan palsu secara total adalah tidak benar. Jika janji PH akan menyiasat skandal ahli politik, mereka yang terlibat sudah dalam proses perundangan. Jika PH berjanji membuat penyelarasan projek mega, kerajaan PH sudah memuktadkan perjanjian baru.

Jika ada yang terasa tertipu dengan janji PH, tanyalah diri sendiri mengapa anda rasa begitu. Tidak ada paksaan untuk mempercayai PH, anda sendiri yang memilih untuk percaya Lynas boleh mengakibatkan mutan.

No comments:

Post a Comment