Monday, September 2, 2019

Cabaran IR.40

Awal tahun lepas Anthony Loke menolak cadangan untuk memberi kebenaran Dego Ride beroperasi. Alasan yang diberikan ialah isu keselamatan.

Tetapi apabila Gojek mengadap beliau, kabinet bersetuju untuk memberi kebenaran syarikat e-hailing ini beroperasi.

Dengan kadar pengangguran belia yang semakin meningkat, kerajaan tidak ada pilihan selain memberi kebenaran teksi bermotosikal beroperasi.

Dunia bergerak cepat dan Malaysia belum bersedia dengan perubahan ekonomi. UAE antara negara yang mempunyai pelan pembangunan dan ekonomi yang terancang.

Usia persaraan bukan sebab utama mengapa angka pengangguran semakin meningkat tetapi revolusi industri membuatkan peluang pekerjaan semakin menguncup. Dalam tempoh 3 tahun akan datang, suku daripada pekerjaan yang ada akan hilang dan diganti oleh pengkomputeran.

Perbankan, percetakan antara sektor yang sudah dimamah revolusi. Dengan pengenalan sistem berkomputer kita sudah tidak memerlukan jurutol. Jika model perniagaan tidak diinovasi dari sekarang, sesebuah syarikat akan mengalami kesukaran pada masa akan datang.

Semasa ketibaan revolusi eleoktronik/machine, pada masa itu ramai yang takut akan kehilangan kerja. Namun setelah kita melewati revolusi ini banyak maanfaat dan kemakmuran yang kita dapat.

Apabila syarikat menghasilkan produk dengan banyak dan menguntungkan, pendapatan dan kualiti hidup masyarat akan meningkat. Perkara sama juga akan berlaku pada IR.40.

Jika dahulu negara tidak berkemampuan untuk membuat jarum maka perindustrian lewat memasuki dalam pasaran. Banyak kerja dan modal yang besar diperlukan untuk membangunkan infrastruktur kerana negara dalam keadaan yang daif.

Maka perkara yang sama perlu dilakukan untuk mengharungi IR.40. Peluang kerja sebenarnya lebih terbuka dan lebih lumayan berbanding sekarang.

Pemfokusan bidang adalah cara untuk melipat gandakan pendapatan. Kerja sedia ada perlu diinovasi dengan mengikut kesuaian komponen IR.40.

Mengambil contoh cabaran syarikat penyiaran televisyen ketika ini. Salah satu cabang keuntungan melalui pengiklanan. Seandainya pentadbir syarikat gagal mengolah cara berfikir, mereka akan kehilangan rating penonton dan semestinya pendapatan daripada pengiklanan akan lenyap.

IR.40 memerlukan cara berfikir ke depan. Kehendak generasi alpha masih belum terbentuk tetapi sudah kelihatan dimana seorang murid tahun 4 membuat petisyen atas talian hanya kerana peraturan berambut pendek.

Jika generasi Y mahukan sesuatu yang instant, mungkin generasi alpha pula mahukan sesuatu yang simple tetapi mendapat pendapatan yang lumayan.

Jika murid dahulu dibebani dengan home work dan beg besar, namun kini mereka mahu sebuah tablet dan pembelajaran yang ringkas. Pemfokusan bidang dan model pembelajaran luar kampus mungkin akan menjadi pilihan.

No comments:

Post a Comment