Tuesday, September 3, 2019

sembang

Orang melayu dalam keadaan selesa usah diperbesarkan. Setiap kaum hidup di bumi sendiri memang begitu. Melayu di bumi orang pasti akan dikagumi oleh bangsa asing.

Cara hidup orang kampung, pagi kerja petang santai minum kopi. Kalau bendang menjadi adalah duit lebih, jika hasil tidak menjadi mereka redha.

Mereka tidak kalut politik atau mencari kekayaan. Ini cara hidup orang melayu lama dan generasi ini masih wujud. Jangan didebatkan itu dan ini. Mereka bahagia dengan kehidupan mereka walaupun hartanya cuma sebuah proton saga.

Cacing hidup dalam tanah, kehidupan burung di atas. Ia adalah cerminan kehidupan manusia untuk bermuhasabah.

Terasa kedamaian duduk di kampung. Bunyi mesin padi sambil hujan rintik-rintik semenjak awal pagi. Kepala tidak serabut memikirkan hal pejabat atau sembang dengan kawan hal di facebook.

Kepada professor didiklah anak bangsa, kepada peniaga jangan lupa bayar zakat atau membuat perkara yang tidak jujur. Setinggi mana kita berjaya jika langgar perintahNYA pasti akan jatuh.

Hanya kerana dendam rezeki tidak masuk, hati tidak tenteram dan apa yang dia buat segalanya tidak kena. Dia mengkaji apa silapnya sedangkan apa yang dia buat adalah lebih baik dari sebelumnya. Setelah beberapa waktu, seseorang menyedarkan, dalam meniaga hati kena ikhlas, maafkan la dia walau orang itu yang bersalah. Manusia tidak layak untuk menghukum. Ini perkongsian cerita dari facebook.

Teman lepak seorang juga berniaga. Dulu pendapatannya sehari beribu. Sekarang perniagaannya merosot dan berniaga hanya untuk kelangsungan hidup. Mujur ketika dia senang dia ada membeli aset. Jika tidak siapa nak tanggung overhead RM15K sebulan.

Meniaga bukan mudah. Seorang peniaga harus berfikir batu menjadi duit. Jika kita tidak ada mindset seperti ini, jangan mengada untuk berniaga.

Meniaga perlu ilmu. Model, pengurusan, network, peluang dalam perniagaan memerlukan ilmu. Ada seorang pakar motivasi berkata, pendapatan kita mengikut ilmu yang kita ada.

Orang melayu pandai juga berniaga. Hantar nasi lemak di warung juga berniaga. Bezanya mereka perlu inovasi dan rajin. Jika di bandar ada food panda, di kampung pun boleh dipraktikan. Cari rakan di tapak pembinaan, di pejabat, bengkel atau dimana tempat orang pekerja.

Apabila pasaran lebih besar, potensi untuk orang membeli lebih tinggi. Bermula dari membekal makanan, jika sudah ada network dan modal perniagaan catering juga menguntungkan.

Ada beberapa sikap buruk orang melayu yang sukar dikikis. Orang cina, mereka tidak memperlekehkan bangsanya malah mereka akan membantu sama lain.

Orang cina gila duit, tetapi apabila berpersatuan mereka akan juga gila menderma. Orang melayu memang murah hati tapi bab menderma mereka prejudis sikit. Mungkin juga salah kaum sendiri, bab duit semua nak disapu.

Buy muslim first baik membantu ummah, tetapi jika mentaliti peniaga muslim tidak berubah, asyik mencari perbezaan, meragui sesama sendiri maka kempen tidak mampu mengubah landskap perniagaan negara.

No comments:

Post a Comment