Saturday, September 7, 2019

BMF adakah permulaan perjuangan

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Baginda Nabi dengan lima ayat, Bacalah untuk mengenal pencipta sementara kalam sebagai perantaraan.

Seperti Iman hanya dapat diselami dengan ilmu, begitulah dengan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada pendidikan rakyatnya.

Kritikan Tun Mahathir kepada orang melayu tidak menggambarkan keseluruhan sikap orang melayu. Mencari sesuatu terbaik adalah lumrah manusia. Persoalan mengapa harus menjadi buruh jika ada kerja lain yang boleh memberi lebih pendapatan.?

Sebagai ketua kerajaan yang dipercayai kaumnya, lebik molek Tun berkongsi pengalaman dan bukan mengkritik. Jika generasi Tun gagal mengambil peluang, generasi sekarang lebih berani untuk menerima cabaran.

Jika dahulu kerja sebagai punca pendapatan, alaf 5G pendapatan itu bergantung dengan ilmu dan cara kita berfikir.

Jika DEB gagal menaikan nilai ekuiti orang muslim, kempen buy muslim first diyakini mampu mengubah landskap sosioekonomi orang melayu.

Apa kelemahan kempen Buy Muslim First?

Jika kempen BMF gagal bukan kerana pembekal dan peruncit dimonopoli oleh orang cina atau isu supply dan demand tetapi tidak ada pihak yang benar-benar menerajui bagi membuat dasar pembangunan.

Kempen BMF membuktikan Dewan Perniagaan Melayu Bumiputera tidak boleh diharap. Mungkin mereka lebih selesa mendapatkan projek kerajaan atau mereka terlalu elit untuk golongan peniaga mikro atau juga mereka takut dengan ugutan kerajaan yang sememangnya menolak kempen BMF.

Jika kempen ini diselia dan didasari dengan baik, peniaga cina terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk meruntuhkan ekonomi orang melayu.

Ekonomi melayu tidak runtuh jika peniaga melayu mengikut syariat Islam sebenar dan mereka perlu,
  • Meningkatkan mutu produk
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan
  • Membuat jaringan perniagaan 
  • Mengawal dan harga dalam persaingan
  • Membuat pemasaran
  • Menguatkan jenama \penjenaman
  • Membuat pengiklanan
  • Membina rangkaian peruncitan, outlet
Banyak lagi orang melayu perlu lakukan terutama dalam menghadapi revolusi industri (IR.40). Ahli akademik atau pemikir perlu membantu bagaimana IoT, AI mampu melipat gandakan pendapatan. Tanpa komponen IR 4.0 ekonomi muslim akan pupus dengan sendirinya.

Jika orang melayu menguasai ekonomi, pusingan wang akan terkumpul dalam negara dan putaran ini akan terus membesar kerana ekonomi itu akan berkembang dengan sendirinya.

Banyak kelebihan jika orang muslim menguasai ekonomi. Mengambil contoh, jika peniaga tidak mengeluarkan zakat, melakukan penyelewangan atau apa jua perkara tidak baik seperti lari cukai, pasti hukum Allah akan tiba. Kalau tidak percaya, cubalah.

Jika satu ketika dahulu Melaka begitu disegani, mengapa billionaires bukan Islam tidak mampu melonjakkan ekonomi dengan lebih pesat. Mungkin hanya bangsa yang tidur dan tidurkan sahaja yang dibenarkan oleh penjaga untuk menjadi tuan di Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment