Monday, October 7, 2019

Melayu perlu bebaskan minda

Tidak ada ucapan signifikan yang diamanat kepada orang melayu oleh Tun Dr. Mahathir. Ucapan sepatutnya menjadi amanat untuk orang melayu triggerkan diri berjuang mempertabatkan maruah bangsa sebaliknya mereka hadir seperti menyerahkan diri untuk dikecam.

Ketiadaan Anwar dalam kongres melayu sedikit membuka persoalan, mengapa beliau tidak dijemput. Mengapa penganjur menjemput Azmin tidak Wan Azizah?

Dalam ucapan Tun mengatakan melayu sudah hilang kuasa walaupun orang melayu memerintah. Dalam sisi lain, orang melayu dalam kerajaan PH tidak ubah seperti pupet yang bertindak seperti rubber stamp.

Tun mengemudi PH dengan baik tetapi prestasi kabinet Tun amat mengecewakan. Sepatutnya rakyat menangis kerana bantuan dipotong tapi menteri pula teresak-esak seperti bayi meminta susu.

Lihat dengan minda, Tun mengakui manifesto PH dibuat bukan untuk ditunaikan tetapi dikarang untuk untuk membantai Najib. Apa sahaja yang dilakukan oleh Najib segalanya dicemuh walaupun ia bantuan yang disuap ke dalam mulut sendiri.

Hutang yang dicanang oleh Tun bukan ciptaan Najib seorang, tetapi ia warisan dari Tun juga. Pembangunan hutang terdahulu Tun tutup dengan helah dan apabila sampai waktunya hutang perlu dilangsaikan Tun kecam Najib pula.

Jika Tun berjaya mengatasi krisis kewangan, Najib tidak kalah. Tahun 1998 rakyat sengsara tapi cuba Tun tanya pada rakyat, 2008 adakah rakyat tahu dunia dalam kemelesetan?

Apa sahaja yang dikatakan oleh Tun adalah cerminan diri. Siapa yang memecah belahkan melayu? Kalau Tun tidak kaya, bagaimana dengan anak cucu Tun?

Tun, Ekonomi 2020 bukan ekonomi konsep tahun 90an. Dulu kapatalis eropah mempraktikan konsep pelaburan untuk menjajah kekayaan negara ketiga. Hari ini China mengamalkan konsep yang sama melalui One belt one road.

Jika kerajaan hanya menumpukan pelaburan dalam negara melalui belilah buatan Malaysia atau Sayangi Sawitku, langkah untuk Malaysia mengecapi status negara maju lebih lama seperti yang dijangkakan.

Zaman Tun sudah berlalu, biarlah orang muda mengemudi negara. Membangunkan negara memerlukan energy bukan nostalgia. Amanat bangsa melayu bukan cerita tukang sapu atau gaji seribu ringgit tetapi mereka perlu dicabar untuk lebih baik dari tamadun melayu yang pernah wujud satu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment