Wednesday, October 9, 2019

PH serba pelik

Biasanya pembangkang mendesak kerajaan tetapi kerana PH adalah parti serba pelik jadi jangan hairan drama menteri mendesak menteri.

Najib dikatakan mencuri tetapi LHDN bertindak menyaman penyamun itu kerana tidak membayar cukai. Duit curi pun kena cukai ke?

Kes Najib mencuri 1mdb sedang dibicarakan tetapi sprm sudah mengeluarkan notis kompaun. Sebelum ini makamah tinggi telah melucutkan hak beberapa individu dan syarikat.

Agak-agak la kan apa akan jadi kalau Najib menang dalam kes ini?

RUU IPCMC dibentangkan di parlimen untuk dibahas tetapi menteri kata ada 24 pindaan dan akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan selepas itu akan dibahas semula. Berapa kali mahu bahas daa..

Banyak benda pelik dalam pentadbiran PH sehingga rakyat tidak lalu untuk menghadam cerita pelik. Apa tak pelik kalau berhutang untuk membayar hutang tapi hutang tidak susut. Yang lebih pelik apabila banyak aset dijual tetapi hutang semakin meningkat. Terlebih pelik apabila hutang naik kerana kerajaan telus.

PH bernasib baik apabila perompak banyak meninggalkan aset untuk digadai. Jika BN perompak seperti ali baba, mungkin hari ini penjawat awam akan diarah untuk kerja separuh hari. Pasai apa, pasai kerajaan tidak mampu membayar gaji.

Pelik ilmu hisap mana yang dipakai oleh PH dengan 4.7% kdnk mampu mencapai nominal RM3.4trillion kdnk pada tahun 2030. Dia punya sembang inflasi 10 tahun dia boleh nampak.

Sebagai rakyat jangan pelik apabila Syed Saddiq menemplak utusan apabila kantoi menipu isu foodpanda. Kalau tisu koyak pun dia menipu, apalah sangat dengan geng-geng pilot darat.

No comments:

Post a Comment