Saturday, October 12, 2019

Budget 2020 menggembirakan rakyat asing

Apa signifikan graduan menganggur lebih 12 bulan dikreditkan RM500 selama dua tahun. Jika setahun graduan tidak mendapat kerja ia mencerminkan kegagalan PH mencipta peluang kerja.

Intensif yang diberikan tidak dinamik berbanding dengan pentadbiran BN. Daripada membiarkan graduan mengganggur lebih baik graduan diberi nilai tambah untuk memasuki pasaran.

Beri mereka geran menghadiri kursus spt keselamatan dan kesihatan, penyediakan apps atau kursus keusahawanan. Ketika ini syarikat Event Management berpotensi untuk dikembangkan.


Sebelum ini kerajaan dikritik kerana membantu pemaju perumahan kerana menjadi duta syarikat. Dalam pembentangan budget, kerajaan telah menurunkan kadar pemilikan rumah menjadi RM600K.

Skim yang dilaksanakan tidak menurunkan harga rumah sebaliknya akan menekan rakyat dalam pemilikan. Pemaju akan membina atau menaikan harga rumah yang tidak terjual kerana orang luar mampu membeli disebabkan nilai ringgit yang menurun.

Secara dasarnya harga rumah akan naik dengan adanya permintaan. Oleh kerana kuasa pembeli kurang, akhirnya rakyat akan menyewa dengan orang asing walau hidup di bumi sendiri.

Lambakan rumah adalah bukti kerajaan gagal mengurus ekonomi. Apa yang dibentangkan bukan sesuatu yang luar biasa tetapi permaianan angka. Jika dulu brim orang bujang RM450 setelah dinaikkan hanya RM300.

Contoh tidak tepat, rizab bank negara naik tetapi ia dalam bentuk ringgit, jika ditukar dalam dollar rizab bank negara susut. Peningkatan itu sebenarnya kerana nilai ringgit yang susut.

PH bukan gabungan parti yang baik untuk mentadbir kerajaan. Mereka menipu rakyat dengan angka untuk mengkaburkan fakta. Mereka banyak mengasmilasikan projek sebelum ini bagi mendapat kredit.

Hutang 1MDB mereka kecam tetapi mereka menolak kredit keuntungannya. Jika rakyat Johor memberontak kerana projek Forest City, PH jauh lebih kejam daripada pentadbiran sebelum ini dengan menjual tanah melayu ini melalui penjualan rumah.

No comments:

Post a Comment